Perlukah jasad disentuh jejari
Untuk mengenal hati dan budi
Perahu nelayan dilepas tali
Masin laut hendak diuji?
Mungkin sekadar bertukar bicara
Di alam maya yang tanpa rupa
Sekadar wajah yang dibayangi kata
Siratan makna sekadar diteka
Pastinya hasrat tidakkan sampai
Impian masih sekadar digapai
Selangkah lagi tak mungkin dicapai
Harus disandung onak dan denai
Tegar semangatku masih perkasa
Tersandung kaki melangkah juga
Biar berkirai bebat bahtera
Tidakkan hanyut tanpa samudera
Andai takdir menentukan
Samudera bertandang dijemput taufan
Bahtera hanyut ditelan lautan
Di pantai melandai tersungkurlah nelayan
Hanya pada ketika itu
Baru berakhirnya langkahku
Tuesday, June 08, 2004
Tuesday, June 01, 2004
Merpati Bersayap Sutera
Merpati yang menggapai pelangi impian
Menyusur angin melebarkan sayap
Walau di telapak tangan dihampar kayangan
Ditabur beras segenggam dikedap
Sedetik pun jua tidak dihinggap
Gunung yang didaki mencari sarang
Semakin payah hendak didakap
Hampir pasti bertemu kecundang
Hampir yakin menelan azab
Dan sudah pasti menjadi sejarah
Bakal hitam dibakar air mata berdarah
Gugurlah kelopak yang baru disemai
Nyaris bertunas belum tercapai
Mati dilanda kemarau yang tegar
Kering kontang hancur terdampar
Di pantai emosi yang semakin menggusar
Suara yang ingin dihamburkan ke buana
Seringkali tersandung di lipatan jiwa
Terlambat sedetik seumur hidup menderita
Itulah takdir yang telah tersurat
Merpati di langit sekadar dilihat
Dipuja umpama melepas bidadari syurga
Terus menebar sayap sutera
Terbanglah pergi ke syurgamu
Sesungguhnya diredai pemergianmu
Menyusur angin melebarkan sayap
Walau di telapak tangan dihampar kayangan
Ditabur beras segenggam dikedap
Sedetik pun jua tidak dihinggap
Gunung yang didaki mencari sarang
Semakin payah hendak didakap
Hampir pasti bertemu kecundang
Hampir yakin menelan azab
Dan sudah pasti menjadi sejarah
Bakal hitam dibakar air mata berdarah
Gugurlah kelopak yang baru disemai
Nyaris bertunas belum tercapai
Mati dilanda kemarau yang tegar
Kering kontang hancur terdampar
Di pantai emosi yang semakin menggusar
Suara yang ingin dihamburkan ke buana
Seringkali tersandung di lipatan jiwa
Terlambat sedetik seumur hidup menderita
Itulah takdir yang telah tersurat
Merpati di langit sekadar dilihat
Dipuja umpama melepas bidadari syurga
Terus menebar sayap sutera
Terbanglah pergi ke syurgamu
Sesungguhnya diredai pemergianmu
Friday, May 28, 2004
Pelawaan Hati
Mahukah kau menjadi purnama
Di langit malam menyinar cahaya
Memimpin haluan pada yang gelita
Menyemai rindu di hati yang kelana
Atau kau sudi menjadi mentari
Membangunkan insan dari igauan dan mimpi
Membanjirkan laman dengan selaut rezeki
Menyemarakkan hangat yang berselimut api
Mungkin kau rela menjadi samudera
Menghanyutkan rasa yang pijar membara
Mendamparkan kecewa di pantai melata
Sehingga kontang kederat upaya
Tidakkah mahu menjadi puteri
Bertakhta utuh di singgahsana hati
Dibaluti sutera dipagari duri
Di mahligai permata menjadi nurani
Perkhabaran untuk hati
Bahagiakan sanubari
Di langit malam menyinar cahaya
Memimpin haluan pada yang gelita
Menyemai rindu di hati yang kelana
Atau kau sudi menjadi mentari
Membangunkan insan dari igauan dan mimpi
Membanjirkan laman dengan selaut rezeki
Menyemarakkan hangat yang berselimut api
Mungkin kau rela menjadi samudera
Menghanyutkan rasa yang pijar membara
Mendamparkan kecewa di pantai melata
Sehingga kontang kederat upaya
Tidakkah mahu menjadi puteri
Bertakhta utuh di singgahsana hati
Dibaluti sutera dipagari duri
Di mahligai permata menjadi nurani
Perkhabaran untuk hati
Bahagiakan sanubari
Monday, February 16, 2004
Bila Rindu
Bila rindu
Kupejam mata mengenangmu
Membayangkan kau di sisiku
Terubatlah rindu di kalbu
Bila rindu
Kuhulur tangan menyambutmu
Membayangkan kau datang padaku
Mengusir rindu di kalbu
Malam-malam
Mimpi menghiasi
Dirimu dalam imaginasi
Biar impi dan realiti mengisi
Khayal
Lamunan
Dan angan-angan
Dirimu
Kupejam mata mengenangmu
Membayangkan kau di sisiku
Terubatlah rindu di kalbu
Bila rindu
Kuhulur tangan menyambutmu
Membayangkan kau datang padaku
Mengusir rindu di kalbu
Malam-malam
Mimpi menghiasi
Dirimu dalam imaginasi
Biar impi dan realiti mengisi
Khayal
Lamunan
Dan angan-angan
Dirimu
Thursday, April 26, 2001
Percayalah
Percayalah
Walau sezarah pun tidak terlintas
Untuk mencambahkan rasa
Sebuana kasih bersaudara
Bukan itu yang dipinta
Percayalah
Mengukir luka berdarah di hati
Disimpang jauh sekali
Berhembus khabar perihal hati
Bukan dari mulut ini
Percayalah
Meracun mati kelopak rasa
Hampir kontang kudrat upaya
Bergadai jiwa bercincang raga
Demi menghantar rasa ke pusara
Percayalah
Luluh sutera berganti kertas
Mengurung rasa menampan bebas
Pecah ruyung bertabur sagunya
Namun kering kudrat bergadai noda
Percayalah…
Walau sezarah pun tidak terlintas
Untuk mencambahkan rasa
Sebuana kasih bersaudara
Bukan itu yang dipinta
Percayalah
Mengukir luka berdarah di hati
Disimpang jauh sekali
Berhembus khabar perihal hati
Bukan dari mulut ini
Percayalah
Meracun mati kelopak rasa
Hampir kontang kudrat upaya
Bergadai jiwa bercincang raga
Demi menghantar rasa ke pusara
Percayalah
Luluh sutera berganti kertas
Mengurung rasa menampan bebas
Pecah ruyung bertabur sagunya
Namun kering kudrat bergadai noda
Percayalah…
Sunday, April 22, 2001
Luntur
Kuning tugu itu luntur dimamah hujan
Ternampak lapis karatnya
Berserpih danur berdebu dugal
Pagar yang makan padi bersemai
Ditempel serindit pulang senja
Mati dihempap rezeki terlarangnya
Jijiknya hati nurani ini
Memincang senyum berpancing senyum
Mencantas tawa berumpan tawa
Memancung peri berjoran peri
Sementelah dikenali
Dipancung mati tidak
Dicincang azab tidak
Dipijak-pijak tidak sekali-kali
Bagai diri ini
Umpama najis khinzir segumpal di kaki
Justeru sebegitu hina sekali
Ternampak lapis karatnya
Berserpih danur berdebu dugal
Pagar yang makan padi bersemai
Ditempel serindit pulang senja
Mati dihempap rezeki terlarangnya
Jijiknya hati nurani ini
Memincang senyum berpancing senyum
Mencantas tawa berumpan tawa
Memancung peri berjoran peri
Sementelah dikenali
Dipancung mati tidak
Dicincang azab tidak
Dipijak-pijak tidak sekali-kali
Bagai diri ini
Umpama najis khinzir segumpal di kaki
Justeru sebegitu hina sekali
Saturday, April 21, 2001
Kesali Pertemuan Ini
Kesali pertemuan ini
Kerana bersamanya datang hakisan
Yang melunturkan tugu kesetiaan
Terbina begitu lama dari jerih kepedihan
Kesali pertemuan ini
Datang menyemai benih kasih dan cinta
Lalu di hati melakar torehan luka
Tiap kali di hamparan sua dan bicara
Kesali pertemuan ini
Di paksaan rela menurut ke mana pun pergi
Mencuri cebisan babak mimpi-mimpi
Merobohkan setia berderai menjadi candi
Runtunan kasih murni yang terbit tulus
Bercambah menyuburi taman kudus
Fahamilah peri ini yang kian pupus
Demi meracun kelopak yang mulus
Tiada kebencian pada pertemuan ini
Sekadar sesalan tidak bersudi
Kekosongan itu isikanlah
Untuk mendidik erti pasrah
Agar dirimu dan hatiku tidak berdarah
Fahamilah
Takdir ini bukan kemahuan
Kerana bersamanya datang hakisan
Yang melunturkan tugu kesetiaan
Terbina begitu lama dari jerih kepedihan
Kesali pertemuan ini
Datang menyemai benih kasih dan cinta
Lalu di hati melakar torehan luka
Tiap kali di hamparan sua dan bicara
Kesali pertemuan ini
Di paksaan rela menurut ke mana pun pergi
Mencuri cebisan babak mimpi-mimpi
Merobohkan setia berderai menjadi candi
Runtunan kasih murni yang terbit tulus
Bercambah menyuburi taman kudus
Fahamilah peri ini yang kian pupus
Demi meracun kelopak yang mulus
Tiada kebencian pada pertemuan ini
Sekadar sesalan tidak bersudi
Kekosongan itu isikanlah
Untuk mendidik erti pasrah
Agar dirimu dan hatiku tidak berdarah
Fahamilah
Takdir ini bukan kemahuan
Friday, December 17, 1999
Perjuangan Yang Belum Terlerai
Perjuangan yang belum terlerai
Diiringi darah dan air mata berderai
Mengiringi mujahid yang mengukir senyum damai
Ummah yang bercerai dicantum serangkai
Kalimat tauhid yang berkumandang
menggetus tangkai hati kecundang
menyemarakkan jiwa yang menang
menjadi panji ummat yang berjuang
Kecundang mustahil bagi perjuangan ini
Dalam menuntut janji yang tidakkan dimungkiri
Kalau pulangnya hidup maka tertegaklah panji-panji
Kalau pulangnya mati
Akan disambut dakapan Ilahi
Tiada manusia akan membalas jasamu
Tiada makhluk yang mengenang baktimu
Sekadar Allah menyanjung pundakmu
Jawablah… tidak memadaikah itu?
Pulangmu bersambut syariat yang megah
Gugurmu diiring kalimat berdarah
Yang tinggal kami yang masih gagah
Menyambut senjatamu dengan nama Allah!
Allaahu akbar!
Diiringi darah dan air mata berderai
Mengiringi mujahid yang mengukir senyum damai
Ummah yang bercerai dicantum serangkai
Kalimat tauhid yang berkumandang
menggetus tangkai hati kecundang
menyemarakkan jiwa yang menang
menjadi panji ummat yang berjuang
Kecundang mustahil bagi perjuangan ini
Dalam menuntut janji yang tidakkan dimungkiri
Kalau pulangnya hidup maka tertegaklah panji-panji
Kalau pulangnya mati
Akan disambut dakapan Ilahi
Tiada manusia akan membalas jasamu
Tiada makhluk yang mengenang baktimu
Sekadar Allah menyanjung pundakmu
Jawablah… tidak memadaikah itu?
Pulangmu bersambut syariat yang megah
Gugurmu diiring kalimat berdarah
Yang tinggal kami yang masih gagah
Menyambut senjatamu dengan nama Allah!
Allaahu akbar!
Saturday, January 30, 1999
Hidup Yang Mati
Barangkali
Kejahilan budaya
Telah menghakis budi
Barangkali
Kejahilan bahasa
Telah memudar pekerti
Barangkali
Kejahilan timbangrasa
Telah menggentas hemah
Yang pasti
Kejahilan agama
Telah menjadikan yang hidup mati
Kejahilan budaya
Telah menghakis budi
Barangkali
Kejahilan bahasa
Telah memudar pekerti
Barangkali
Kejahilan timbangrasa
Telah menggentas hemah
Yang pasti
Kejahilan agama
Telah menjadikan yang hidup mati
Friday, January 08, 1999
Kecundang
Barangkali dunia telah berputar songsang
bila kupenuhi 1 hari bertadarus mengaji
sedang 364 hari lagi menyanyi menari
insan-insan dijunjung mulia kerana dosa
dan dipijak terhina kerana pahala
anjing kucing berpayung di mahligai impian
dan pengemis beradu di tepian longkang jalanan
baju si anak bertompok dengan corak gincu si jalang
dan ibunya membongkok menyental ditemani sepak terajang
bila kupenuhi 1 hari bertadarus mengaji
sedang 364 hari lagi menyanyi menari
insan-insan dijunjung mulia kerana dosa
dan dipijak terhina kerana pahala
anjing kucing berpayung di mahligai impian
dan pengemis beradu di tepian longkang jalanan
baju si anak bertompok dengan corak gincu si jalang
dan ibunya membongkok menyental ditemani sepak terajang
Wednesday, December 23, 1998
Kecundang
Sinar panjut hilang ke mana
Sorak sorai lenyap mengapa
Tawa riang bergema tiada
Aidilfitri seolah tidak bernyawa
Sudah hilangkah kemeriahan
Ghaib di perahu kesempitan
Sudah pudarkah kepuasan
Padam di layar zaman
Manakan ada kemeriahan
Sedang tiada kemenangan
Manakan ada kepuasan
Sedang tiada kesedaran
Sorak sorai lenyap mengapa
Tawa riang bergema tiada
Aidilfitri seolah tidak bernyawa
Sudah hilangkah kemeriahan
Ghaib di perahu kesempitan
Sudah pudarkah kepuasan
Padam di layar zaman
Manakan ada kemeriahan
Sedang tiada kemenangan
Manakan ada kepuasan
Sedang tiada kesedaran
Sunday, December 13, 1998
Syura
Apakah terlaksana perbuatan
Yang padanya dimaktubkan kewajipan
Oleh orang yang tiada kemampuan?
Apakah dikenalpasti orangnya
Pada kemampuannya ada atau tiada
Jika tuanpunya diri tidak ditanya?
Kalau hampas dibuangkan pergi
Mengapa disimpan tanpa tujuan?
Yang padanya dimaktubkan kewajipan
Oleh orang yang tiada kemampuan?
Apakah dikenalpasti orangnya
Pada kemampuannya ada atau tiada
Jika tuanpunya diri tidak ditanya?
Kalau hampas dibuangkan pergi
Mengapa disimpan tanpa tujuan?
Saturday, December 12, 1998
Kepergian
Sebak berdendam curiga
Melihat bergelimpangnya tubuh-tubuh kecil
Disiram hujan senja rebas
Mengiringi mentari yang mengundur diri
Salam hormat kicauan burung
Menyeru jeritan girang mereka
Yang biasanya mengundang gembira
Yang biasanya membauri petang
Dengan hiruk-pikuk ketawa ria
Salam tidak bersambut
Debu maut mengimbau hari
Mereka tetap melangkah pergi
Takkan kembali lagi
Melihat bergelimpangnya tubuh-tubuh kecil
Disiram hujan senja rebas
Mengiringi mentari yang mengundur diri
Salam hormat kicauan burung
Menyeru jeritan girang mereka
Yang biasanya mengundang gembira
Yang biasanya membauri petang
Dengan hiruk-pikuk ketawa ria
Salam tidak bersambut
Debu maut mengimbau hari
Mereka tetap melangkah pergi
Takkan kembali lagi
Tindas
Halilintar membaham ranting terjuntai
Berkecai bertaburan melandai dedaun
Baranya memijar kemerahan
Membakar hamparan bumi yang lena
Tedung yang melingkar di perdu tua
Kejang tertelan bisa sendiri
Dan jentayu yang berteduh di pohon
Melihat zuriatnya hempap-menghempap
Bintil air langit menghentam kerengga
Jatuh daun kering dari tangan-tangan halusnya
Banjir segala ruang di mahligai kerdil
Runtuh butir demi butir
Bilakah taufan kejam ini akan reda
Walau bah tenggelam gunung-ganang
Walau tumbang bergelimpang kayu-kayan
Walau hangus terbakar rumput-rampai
Halilintar di langit tetap ditemani kilat bersabung
Ditemani awan bergumpal
Ditemani pelangi melintang
Berkecai bertaburan melandai dedaun
Baranya memijar kemerahan
Membakar hamparan bumi yang lena
Tedung yang melingkar di perdu tua
Kejang tertelan bisa sendiri
Dan jentayu yang berteduh di pohon
Melihat zuriatnya hempap-menghempap
Bintil air langit menghentam kerengga
Jatuh daun kering dari tangan-tangan halusnya
Banjir segala ruang di mahligai kerdil
Runtuh butir demi butir
Bilakah taufan kejam ini akan reda
Walau bah tenggelam gunung-ganang
Walau tumbang bergelimpang kayu-kayan
Walau hangus terbakar rumput-rampai
Halilintar di langit tetap ditemani kilat bersabung
Ditemani awan bergumpal
Ditemani pelangi melintang
Saturday, December 27, 1997
Awana
Berada di puncak bukit
Diulit dingin yang nyaman
Pusat peranginan kekasih
Yang saling berpegangan tangan
Menggamit jiwaku dalam cengkaman angan-angan
Sambil berkali-kali mengingatkan
Aku bukan insan papa
Yang tak punya cinta
Justeru melimpah-ruah bertaburan
Di cangkir kasih yang berada di kejauhan
Diulit dingin yang nyaman
Pusat peranginan kekasih
Yang saling berpegangan tangan
Menggamit jiwaku dalam cengkaman angan-angan
Sambil berkali-kali mengingatkan
Aku bukan insan papa
Yang tak punya cinta
Justeru melimpah-ruah bertaburan
Di cangkir kasih yang berada di kejauhan
Monday, December 01, 1997
Korporat
Bicara yang menusuk rongga telingaku
Meresap ke dalam benakku
Meruntun dan mengoyak segala ilmuku
Gugur seperti dedaun sirih yang layu
Dihempas pinang yang berderai
Yang kini berulat dan menggerutu
Hentikan hipokrasi kipas-mengipas
Kerana yang dikipas itu sama-sama hampas
Hentikan riak takbur menunjuk
Kerana yang tampak terlalu buruk
Hentikan ilusi kebagusan diri
Kerana keburukan yang terbit hakiki
Hentikanlah…
Meresap ke dalam benakku
Meruntun dan mengoyak segala ilmuku
Gugur seperti dedaun sirih yang layu
Dihempas pinang yang berderai
Yang kini berulat dan menggerutu
Hentikan hipokrasi kipas-mengipas
Kerana yang dikipas itu sama-sama hampas
Hentikan riak takbur menunjuk
Kerana yang tampak terlalu buruk
Hentikan ilusi kebagusan diri
Kerana keburukan yang terbit hakiki
Hentikanlah…
Tuesday, October 07, 1997
Sinaran Rembulan
Sudahkah sempurna perbekalan
untuk menghadapkan wajah berdosa
kepada golongan yang pada anggapanmu kerdil
seolah lemah tidak bermaya
Cukupkah perisai sebagai benteng
melindungi diri dari asakan berani
golongan kerdil yang berkeyakinan diri
Sempatkah anggotamu menepis menangkis
hamburan cemuhan dan caci maki
golongan kerdil yang tiada kuasa
sekadar punya mukjizat akli
Telingamu sudah menjadi tuli
matamu kabur di siang hari
akibat peganganmu yang umpama rembulan
bersinar berzaman-zaman ke bumi
dari sumber cahaya mentari
Wahai sinaran rembulan
purnamamu menerangi malam gelita
tetapi tidak menjadi pedoman perjalanan
tidak juga menjadi penunjuk kebenaran
Sedarkah wahai sinaran rembulan
bahawa kau kini
sekadar perhiasan?
~Penglipur~
untuk menghadapkan wajah berdosa
kepada golongan yang pada anggapanmu kerdil
seolah lemah tidak bermaya
Cukupkah perisai sebagai benteng
melindungi diri dari asakan berani
golongan kerdil yang berkeyakinan diri
Sempatkah anggotamu menepis menangkis
hamburan cemuhan dan caci maki
golongan kerdil yang tiada kuasa
sekadar punya mukjizat akli
Telingamu sudah menjadi tuli
matamu kabur di siang hari
akibat peganganmu yang umpama rembulan
bersinar berzaman-zaman ke bumi
dari sumber cahaya mentari
Wahai sinaran rembulan
purnamamu menerangi malam gelita
tetapi tidak menjadi pedoman perjalanan
tidak juga menjadi penunjuk kebenaran
Sedarkah wahai sinaran rembulan
bahawa kau kini
sekadar perhiasan?
~Penglipur~
Monday, September 01, 1997
Tugu Berkecai
Salam yang dihulur untuk berjabat
Di tapak tangan bersalut ludah
Terbaur bersama kering nanah
Disambut ledakan nafsu ammarah
Telapak putih berdaging merah
Kembali tersapu di hening wajah
Menghitamkan kejernihan menjadi darah
Dan darahlah…
Yang mengalir menitis di bumi bertuah
Dari daging yang berkecai luluh pahlawan yang rebah
Bagi menebus maruah yang digadaikan tanpa harga
Oleh penjenayah agama dan bangsa
Gegarkan hingga gegak gempita bumi gersang ini
Dengan sorakan jiwa yang merdeka
~Penglipur~
Di tapak tangan bersalut ludah
Terbaur bersama kering nanah
Disambut ledakan nafsu ammarah
Telapak putih berdaging merah
Kembali tersapu di hening wajah
Menghitamkan kejernihan menjadi darah
Dan darahlah…
Yang mengalir menitis di bumi bertuah
Dari daging yang berkecai luluh pahlawan yang rebah
Bagi menebus maruah yang digadaikan tanpa harga
Oleh penjenayah agama dan bangsa
Gegarkan hingga gegak gempita bumi gersang ini
Dengan sorakan jiwa yang merdeka
~Penglipur~
Thursday, April 22, 1993
Siratan Hati
Kau yang sudah sepuluh tahun kukejar
Kini menjelma di pandangan nurani
Ketibaan warkah mengejutmu tempoh hari
Benar-benar membungakan kembali
Kelopak cinta yang tanah tumbuhnya
Dibajai oleh imaginasi rindu
Adakah kau tidak mengerti
Sesungguhnya kasihku umpama bahtera usang
Di dermaga asing yang kering-kontang
Maka curahilah hujan cintamu
Banjiri dermaga ini
Walaupun aku akan karam kerananya
Tetapi suratan hati sekadar tersirat di bibir
Menyatakan ungkapan ini aku tidak bisa
Aku perlu waktu
Tetapi waktu itu merugikan
Lalu aku terus terdampar.
~Nostalgia Seberang~
Kini menjelma di pandangan nurani
Ketibaan warkah mengejutmu tempoh hari
Benar-benar membungakan kembali
Kelopak cinta yang tanah tumbuhnya
Dibajai oleh imaginasi rindu
Adakah kau tidak mengerti
Sesungguhnya kasihku umpama bahtera usang
Di dermaga asing yang kering-kontang
Maka curahilah hujan cintamu
Banjiri dermaga ini
Walaupun aku akan karam kerananya
Tetapi suratan hati sekadar tersirat di bibir
Menyatakan ungkapan ini aku tidak bisa
Aku perlu waktu
Tetapi waktu itu merugikan
Lalu aku terus terdampar.
~Nostalgia Seberang~
Tuesday, February 16, 1993
Mawar dan Mentari
Tatkala matahari senja hampir tenggelam
Sementara malam menyelimut mega
Mimpi indah menjadi igauan
Sepanjang malam
Pada hari esoknya musim bunga mendatang
Bersamanya keharuman dan keindahan saujana
Sebutir benih mawar merah disemai
Tidak tersemai
Mentari dinihari yang ingin menyinar
Mewarnakan bumi dengan cahaya benderang
Menyuburkan setiap benih tersemai
Menumbuhkan mawar merah mekar
Tidak mekar
Malam mendatang seolah terkejut
Benih mawar hanyut ditelan bumi
Mentari senja tenggelam ditelan malam hari…
~Nostalgia Seberang~
Sementara malam menyelimut mega
Mimpi indah menjadi igauan
Sepanjang malam
Pada hari esoknya musim bunga mendatang
Bersamanya keharuman dan keindahan saujana
Sebutir benih mawar merah disemai
Tidak tersemai
Mentari dinihari yang ingin menyinar
Mewarnakan bumi dengan cahaya benderang
Menyuburkan setiap benih tersemai
Menumbuhkan mawar merah mekar
Tidak mekar
Malam mendatang seolah terkejut
Benih mawar hanyut ditelan bumi
Mentari senja tenggelam ditelan malam hari…
~Nostalgia Seberang~
Subscribe to:
Posts (Atom)