Tuesday, July 28, 2009

Memori Pijak Kasut

Ada ketikanya
terngiang-ngiang di telinga
irama gelak ketawa
dan terbayang-bayang di mata
senyuman dan wajah ceria
tatkala fikiran menggali memori
lantas membongkar emosi
semasa ku terpandangkan
kasut-kasut penumpang LRT

Tangis Kerana Apa?

Ada mereka yang menangis
kerana dia kini sudah tiada
dan mereka kini tanpa dia
tertanya-tanya arah hala

Ada mereka yang menangis
kerana tidak sempat mengkhabarkannya
berita-berita gembira dan duka
selain di belakangnya mengata-ngata

Tetapi mereka yang ketawa
kerana menyampaikan berita duka
dan sekadar hanya berita duka
tidak selain berita duka belaka
mereka sedang menempah neraka
sambil terus ketawa

Monday, July 27, 2009

Semenjak Maid Tiada

Semenjak maid tiada
ada sikit huru-hara
kekadang banyak benda terlupa
setiap pagi kelam-kabut
buat apa pun macam ribut
mulut bising macam motorboat
sebelah tangan jinjing kain sebaldi
sebelah lagi genggam sudip di kuali
yang dua orang nak ke sekolah pagi
entah berapa ringgitlah aku hulur tadi
entah apa-apalah nanti yang dia orang beli
Beta dan Permaisuri nak pergi kerja
tapi badan masih bertuala aja
tu baju dan seluar berlipat
capai aja mana yang sempat
sarung saja mana yang cepat

Semenjak maid tiada
memang ada sikit huru-hara
kekadang banyak benda terlupa
dan hari ni pula
aku lupa pakai spender…!

Cet! Patutlah macam longgar aja!

Friday, July 17, 2009

Tidak Seperti Kamu

Tidak seperti kamu
tiada antara kami
yang berzina dan bermukah
selagi belum tamat sekolah
walaupun tidak seperti kamu
tiada antara kami
pernah dengar tentang "PC"
atau telefon tanpa tali