Showing posts with label Pejabat. Show all posts
Showing posts with label Pejabat. Show all posts

Monday, December 02, 2019

Tentang KAMU



Dulu
KAMI bayar untuk beri KAMU

Kini
KAMU bayar untuk beri KAMI

Nanti
kita cerita yang baik antara kita

Biar
mereka nampak KAMI elok belaka

Supaya
kepala KAMI masih melekat di badan

Walaupun
KAMU anak-beranak sengsara berantakan

Wednesday, November 06, 2019

Mereka Yang Dajjal


Terbentang di hadapan mereka
satu persatu episod cerita
namun yang mereka nampak
gerak lakon watak yang dibawa

Terdengar di telinga mereka
riwayat yang menghikayat cerita
namun yang mereka dengar
dialog pelakon yang berbicara

Sungguh mereka telah buta
dan mereka telah tuli
menampakkan elok yang tidak elok
menutup kebenaran dengan kebatilan
lantas hakikat apakah lagi
yang tidak mereka dustai?

Monday, August 19, 2019

Wajib Mati


Lebih baik duduk membuta
kerana tiada kerja
daripada berwuduk dan berdhuha
kata mereka

Terlalu dalamkah kealpaan 
atau jauh sangatkah kesesatan
mungkin lebih takut kepada insan
dan tidak percaya kepada Tuhan?

Sungguh...
perintah Tuhan itu
ke atas kami dan ke atasmu
dan ke atas mereka yang menguasaimu...

Wednesday, February 20, 2019

Anjing


Dan berebutlah sang anjing
Menjilat tulang yang kering
Yang tidak memberi kenyang
Bahkan tidak memberi senang


Monday, December 24, 2018

Renang


Dan mereka meniti jambatan rapuh
Buat menyeberangi
Lautan yang tidak bertepi
Sedang tiada antara mereka
Yang pandai bermain air...

Monday, November 09, 2015

Terbang


Setiap yang terbang
walau setinggi mana
pasti akan mendarat jua
lantas berhenti

Lalu yang terbang kian tinggi
menggempur awan hingga ke angkasa
di manakah bagimu kanan dan kiri
bukankah terapung itu berhenti?

Tuesday, November 03, 2015

Angkuh


Sungguh
pada sifat angkuh itu
tiada makhluk yang suka
semua mencela belaka

Sungguh
keangkuhan menjemput laknat
dan sumpahan dari langit dan bumi
jatuh mencurah umpama duri

Sungguh
angkuhnya manusia
lantas langsung lupa
Tuhan itu ada...

Astaghfirullah...

Thursday, September 17, 2015

Bila Buka Mulut


Sesetengah orang
bila buka mulut
yang susah jadi senang
yang tewas jadi menang
dan semua meraih permata

Sesetengah orang
bila buka mulut
yang sabar mula merungut
yang tenang mula bersungut
dan semua bermandi air mata

Thursday, July 30, 2015

Besar Kurang Ajar


Ujian ini tentang sabar
melayan kerenah orang besar
yang tiba-tiba anggap diri loyar
sedang setiap mereka sekadar
tiga hari je belajar
betul punya kurang ajar...

Tuesday, May 26, 2015

Belum Lagikah?

Belum lagikah
menelan kelatnya arak
mendakap hanyirnya zina
sedang bara neraka
makin panas menyala
hingga pijar kulit yang hitam
hingga hangus hati yang kelam?