Tuesday, March 27, 2007

Bangkai

Pernahkah kau melihat bangkai
yang berjaga di malam sunyi
lalu berwuduk menahan gigil
kemudian sujud berteman tangis?

Pernahkah kau melihat aku
menangisi maksiat yang pergi
menyesali syahwat yang rugi
sujud di longkang menyembah arak?

Aku tak mahu jadi bangkai
dan tidak pernah yang mati
dapat hidup kembali
selain hati

Mahu Saja

Mahu saja
aku siramkan rasa
di kelopak mawar jingga

Mahu saja
aku semaikan sedih
di sungai jernih

Mahu saja
aku kuburkan sedar
di antara gunung yang bergegar
runtuh melandai
berkeping tersadai

Monday, March 26, 2007

Prinsip Hidup


Dan kita berkata dengan bangga
bahawa liwat adalah selera
sihaq juga adalah selera
itu semua bukan pilihan
tapi takdir yang ditetapkan

Dan dengan megah kita mendakwa
zina itu satu keperluan
kehendak syahwat bagi insan
lalu disekat kenapa
sedang kubur kita berbeza?

Dan arak adalah gaya hidup
bukan pada lagak dan cara
tapi pada kehendak dan cita rasa
kalau mau, minum
kalau tak mau, senyum
jangan hina mereka
lantaran dalam mabuk
mereka sudah berada di syurga

Siapa bilang judi haram?
Sedang saban hari dalam pertaruhan
gadaikan harga diri
gadaikan hati
gadaikan badan
gadaikan kemaluan
perempuan yang berotak
mampus terkangkang
dirogol beruang
yang disangkanya orang

Saturday, March 24, 2007

I.L.H Si Amri

Ada pundek
ada tetek
layak jadi gundik

Cantik?
dulu memang jelita
meleleh air kepala
meleleh air jantan
sekarang sekdar perasan
tak sedar diri dah tua
masih fikir ada harga

Personaliti?
dulu bila dengar suara
immediately tahu betapa dungu
sekarang...
tak payah bercakap pun
orang dungu pun tak mau tunggu

Budi bahasa?
Kalaulah babi itu biadap
menyondol ikut sedap
apatah lagi yang berjanji
lepas tu cuba lari
bukan babi?

Masuk majalah?
Bukan pasal layak
tapi sebab semak
orang tak larat nak layan
bagi ajalah jalan
kabel tu perlu pakai lagi
nanti kena upah orang luar negeri
susah...

Wednesday, March 21, 2007

Kau Hantu!

Pandai sungguh tipu daya
meleraikan ikatan janji
hingga hilang cantik pekerti
sekadar tinggal cantik rupa
itu pun kian luput diratah usia
makin berkedut menghampiri pusara
bau di badan makin meloyakan
sebusuk tanah yang mengambus
sekaku batu yang menimbus
lalu yang berselera menjilat tubuh
sekadar cacing dan ulat yang hodoh
tak mungkin ada lelaki bodoh
yang mahu sangat melampiaskan nafsu
biarpun sekadar menerapkan sepatu
tak mungkin
kecuali kalau jadi hantu
sebagaimana perangaimu dulu
dan perangaimu kini
masih tak sedar diri

Tuesday, March 20, 2007

Dayang

Seandainya
aku seorang raja
di tangan kananku kuasa
di tangan kiriku harta
akan kupilih dayang
di pelabuhan petang
akan kulabuhkan cinta
di kering dermaga

Benih cinta permaisuri
yang menyusur malam sepi
semakin meninggalkan siang
semakin melenyapkan sayang

Lalu syaitan manakah
yang sesat dalam menghukum
bahawa dayang penghias istana
takkan mungkin menjunjung takhta
sedang di hati seorang raja
dayangnya sepohon cinta?

Friday, March 16, 2007

Bagusnya Aku

Hari-hari ada lagu semangat
cerita tentang kejayaan
cerita tentang kemegahan
cerita tentang kekayaan
cerita tentang kemenangan

Hari-hari berdendang menyanyi
lirik lagu sendat memuji
puji diri sendiri
puji negara sendiri
puji perdana menteri
puji para menteri

Hari-hari telnga mendengar
hari-hari mata melihat
hari-hari hati meluat
hari-hari makin melarat
hari-hari galak bermaksiat

Pujilah lagi!
Pujilah!
Puji!

Tari

Rentak tari ini begitu rumit
aku tak berdaya mengikutnya
pada gaya
pada rasa

Tidak kutahu tempo berubah
ke kiri atau ke kanan
hilang rentak
hilang jejak

Ada sakit dalam sendi
setiap lengguk penuh seksa
tiada melodi
tiada isi

Tuesday, March 13, 2007

Kejam

Memperkosa gadis yang masih dara
hingga bertabur zuriat tak berbapa
atau merodok perut seorang tua
hingga mati sebelum terseksa

Mungkin menghadiahkan kepada bapa
sepak terajang setaraf muka
atau membelai tubuh bonda
dengan puntung rokok yang merah menyala

Membalas cinta dengan tuba
membalas sedih dengan ketawa

Friday, March 02, 2007

Hari-Hari Buat

Hari-hari fikir nak tambah iman
Hari-hari solat tunggang-terbalik atas sejadah
Hari-hari tunggang terbalik romen betina murah
Hari-hari baca bismillah sebelum makan
Hari-hari mencarut memuji-muji setan
Hari-hari dengar orang mengaji di TV
Hari-hari tengok perempuan telanjang di PC

Hari-hari buat
selagi tak mati
fikir macam mana nak tambah iman