Showing posts with label Orked. Show all posts
Showing posts with label Orked. Show all posts

Sunday, July 03, 2016

Maaf

Demi Tuhan
marahku
tak mengatasi cintaku
dan cinta untukmu
sebati dalam darah pekatku

Sungguh
resah ini tanpamu
dan bahagia ini keranamu
jangan benci aku
seakan menjadi seteru...

Monday, May 16, 2016

Jelas


Sebenarnya
sudah boleh terlihat
kau sudah putus asa

Sejelasnya
sudah kerap kau tunjuk
harapanmu sudah tiada

Sejujurnya
aku makin simpati
hingga aku makin percaya

Sesungguhnya
kau mahu kejar bahagia
dan memang kau tahu benar
yang takkan kau temuinya
andai denganku kau tetap bersama

Justeru pergilah
kerana amat ramai di sana
yang sedang mengejarmu
yang akan mengerumunimu
tanpa kau perlu usaha apa-apa...

Friday, November 06, 2015

Sempadan


Sebenarnya
tiada sempadan dalam diri
selain yang dipagarkan sendiri

Sempadan ini
buat menghalang masuk gejala
bukan membelengu langkah yang mara

Jangan berhenti
daripada terus cuba menjajah aku
daripada terus cuba menjarah aku

Monday, March 30, 2015

Engkau

Sering dia berkata
dirinya tidak jelita
sedang aku tak tahu
bagaimana untuk kugambarkan
betapa cahaya siang
tenggelam di sinar matanya
dan betapa gelita malam
damai di seri wajahnya
dan betapa desiran ombak
tidak segemersik bisikannya
dan betapa hembusan bayu
tidak selembut belaiannya
dan betapa setiap dirinya
melayarkan bahtera khayal
lantas berlabuh di cinta yang kekal

Saturday, May 03, 2014

Duniaku


Aku teramat ingin
seluruh dunia tahu
yang aku amat cinta kamu
namun biarlah hanya kamu
satu-satunya yang tahu
kerana kini hanya kamu duniaku...