Monday, August 31, 2009

Sememangnya Selepas Merdeka


Sememangnya selepas merdeka...
kita semakin kenyang
dulu ubi kayu
sekarang ubi kentang
yang dulu dicatu
sekarang dibuang

Dan kita semakin mewah
anak beranak kenyang rasuah

Dan kita semakin berani
naik motor pun sambil berdiri

Dan kita semakin ramai
zuriat bersepah di longkang dan denai

Dan kita semakin kaya
kita ada segala virus di dunia

Dan kita semakin bersatu
kita makan apa saja yang dijamu

Dan...
dan...
dan...


Tetapi...
sebenarnya kerana merdeka
anak-anak kita dapat merasa...
...gebu McD dan rangup KFC
...berendam salji di luar negeri
...solat di masjid di merata negeri
...melaungkan azan di dinihari

Sememangnya bila dah merdeka
terpulang kehendak diri sendiri
hendak menongkat langit
mendongak berhidung tinggi
atau mencium bumi
penuh syukur menyembah Ilahi...

Fasa Kedua Ramadan


Telah berlalu limpahan rahmat
entahkan tidak aku sempat
mengejar purnama Ramadan

Sudah tiba taburan maghfirah
entahkan mungkin diampunkan Allah
bermandi rahmat Ramadan

Ya Rabbul 'Aalamiin...
tidak Engkau bebani kami
melainkan dengan apa yang termampu
lantas demi keagunganMu
redakanlah pengabdianku
dan demi kesempurnaanMu
ampunilah kelemahanku...

Friday, August 21, 2009

SéLáMáT MéNGHáYáTí RáMáDáN ál-MúBáRáK

MáHá SúCí ÄLLÄH
Yáng Mémbérí ízínNyá
Búát Kítá Ménémpúh Rámádán
Déngán Ráhmát Dán MághfíráhNyá
Atás Ségálá Yáng Khíláf
Atás Ségálá Kétérlánjúrán
Atás Sémúá Yáng Kúmínúm Dán mákán
Hálálkánláh Atás Námá RézékíNyá
Ampúnkán Dán Mááfkán Séíkhlásnyá
Bíár Rámádán Kálí Iní
Tídák Dípérsíákán Lágí...


Súbhánálláhi Wálhámdúlílláhi Wálá Iláhá Illálláhu Wálláhúákbár!

Puisi-puisi Ramadan di Khayal

Tuesday, August 18, 2009

Duit Kopi Kebal Untuk Yang Bebal


Mulai tahun depan
aku ada duit lebih
sebab cukai pendapatan
sudah kurang bayarannya
kerana ada para pegawai
yang sudah kurang kerjanya
dan semua ahli politik
akan bertambah kaya
dan takkan masuk penjara
hasil duit lebih aku
sebagai habuan mereka
pada tahun depan

Yang Mana Lebih Berat

Perlukah lagi
kita tertanya-tanya
dalam selubung virus selesema


Antara kesihatan zuriat rakyat
dan kekayaan yang berlipat-lipat
yang mana satu bagi mereka
nilainya lebih berat?

Monday, August 17, 2009

Dah Resam Memandu


Di atas jalan raya
akan sentiasa ada
pemandu di belakang
yang sedang kecemasan
barangkali mencari jamban
mahu lebih laju dan cepat daripada kita

Dan akan sentiasa ada
pemandu di depan
yang sekadar makan angin
barangkali khayal meraba dan diraba
sambil sembang-sembang pakwe dan makwe

Saturday, August 08, 2009

Kejadian Si Burung Merak


~ Willibrordus Surendra Broto Rendra ~

Dan sememangnya demikan
kejadian Si Burung Merak

Bikin kagum
kepada Si Celik Hati

Bikin gentar
kepada Si Buta Hati

Bikin lapar
kepada yang tiada hati
dan tiada akal

Lalu aku mahu jadi
mereka yang celik hati
mengagumi Si Burung Merak
yang sudah pergi

Friday, August 07, 2009

Kesalku


Cukuplah
sudah jelas menjadi bukti
dan tanganku ini
bakal dipersoalkan Ilahi
"Siapa yang kau pangkah memberi undi?"

Lantas
Sang Kafir berfatwa agama
Si Muslim mengangguk kepala
dan kedai runcit sebelah masjid
sudah mempamerkan botol beer

Lalu
semakin kerap anak bertanya
"Ayah belum pulang lagi?"
Cari mereka di sana
sedang mabuk ketawa ria
sambil diurut-urut betina
yang bukan isteri mereka

Tahun ini
bersama-sama Ramadan
ada rahmat
ada berkat
ada maghfirah
melimpah-ruah

Dan
titis air mataku
adalah keikhlasan kesalku
ampunilah Ya Tuhan
sungguh aku tak mahu
menjadi sebahagian mereka
yang menjadi asbab murkaMu

Pasti
akan kubuang mereka semua
kerana sudah jelas kini
biar sejahat mana pun dia
tetap denganku bersaudara
dan biar sebaik mana pun mereka
tetap membuka laluan ke neraka!


Thursday, August 06, 2009

Masih Kau Tersengih


Masih kau tersengih
sedang Sya'aban sudah purnama
dan Ramadan bakal tiba
lantas beruntunglah manusia
yang usianya masih bersisa
tatkala Ramadan menjelma...


Puisi-puisi Ramadan di Khayal