Bukankah kau sekadar tetamu
hadir di gerbang istanaku
dan tembok yang mengelilingi
masih tegap bersaksi?
Dan aku sering mencemar duli
meninggalkan istana dan kota sakti
mengiringimu ke panca persada
memetik kuntum-kuntum bunga
Bakawali yang di laman berkembang
mahupun cenderawasih yang bersarang
kau tak mungkin dapat menghakimi
di sebalik tembok istana sakti
Lalu bila kusuntingkan genus tulipa
untuk tetamu teristimewa
dan tidakkah sudah resam kita
tetamu pasti diangkat mulia?
Satu persatu kelopaknya mekar
satu persatu tangkainya segar
satu persatu akan kau tahu
satu persatu menjadi seteru
kecuali aku
dan kau tetamu
hadir di gerbang istanaku
dan tembok yang mengelilingi
masih tegap bersaksi?
Dan aku sering mencemar duli
meninggalkan istana dan kota sakti
mengiringimu ke panca persada
memetik kuntum-kuntum bunga
Bakawali yang di laman berkembang
mahupun cenderawasih yang bersarang
kau tak mungkin dapat menghakimi
di sebalik tembok istana sakti
Lalu bila kusuntingkan genus tulipa
untuk tetamu teristimewa
dan tidakkah sudah resam kita
tetamu pasti diangkat mulia?
Satu persatu kelopaknya mekar
satu persatu tangkainya segar
satu persatu akan kau tahu
satu persatu menjadi seteru
kecuali aku
dan kau tetamu
4 comments:
ok.. aku datang jd tetamu kmu ni! :D
dan aku sambut dengan tangan mendepa mesra :D
ya..dan aku jua kini hadir menjadi tetamu sebagai pawana yang meggesel antara setangkai bunga dgn tangkai yg lain...
Salam Tuanku...
OD suka bunga tulip. Sekarang adalah masa yang sesuai untuk membaja tanah supaya boleh tanam tulip baru. Biar ia berkembang semasa spring.
Dan Tuanku, tahniah. Artikel mengenai novel tuanku keluar di BH Online... huhu... banyaknya mukasurattt...
Post a Comment