Monday, July 23, 2007

Tak Seronok Mendakapku

Tak seronok mendakapku
bukan kerana lemak yang tebal
atau kerana bau yang dugal
tapi kerana tiada rasa
yang darinya terbit cinta

Tak seronok mendakapku
barangkali kerana sudah lali
dengan hamburan luahan hati
atau kerana ada kesal
yang melintang sebagai aral

Tapi aku tetap setia
dengan tangan yang terus mendepa
kalau datang ke pangkuan
akan kudakap mesra
sama ada dengan cinta
atau saja-saja
aku terima
rela...

1 comment:

Pawana Malam @ Ct Nur Jane Makni said...

seronokkah mendakapmu..
yang punya hati yang sama..
seronokkah mendakapmu..
yang punya jiwa yg sentiasa sama..
seronokkah mendakapmu..
yang punya haruman sama sptku..
seronokkah mendakapmu..
yang sentiasa tahu isi hatiku..
seronokkah mendakap dan bersamamu..
kerna disitu..ada "rasa" yang sama..


aih, sorry...mood tgh "fly"..hehhe