Mengapa kau hairan
bila ummul Quran
terbina sekadar dua puluh satu huruf
dan meninggalkan sembilan?
Mengapa kau kagum
bila wali berbau harum
sedang sahabat yang berkhilaf
natijah mereka bukan maksum?
Fitrah insan
belajar dari kesilapan
belajar dari pengalaman
daripada aku
daripada kau
daripada mereka
kita manusia
Sesungguhnya selain nabi
antara insan di bumi
tiada yang lebih bersih suci
No comments:
Post a Comment