Monday, July 09, 2007

Fitrah

Di sini lahirnya cahaya
terang menerangi buana
mencipta tamadun di atas ehsan
menyemai kasih sesama insan
mengangkat martabat kaum perempuan
tatkala lelaki memimpin jalan
dan antara kehidupan dan kematian
segala-galanya bertapak atas nama Tuhan

Di sana musnahnya tamadun agung
yang kian abad disanjung-sanjung
menjajah tanah tanpa sempadan
membezakan darjat sesama insan
hingga berkecai perikemanusiaan
lalu darah yang dipuja disembah
berhamburan di gelanggang yang megah
di sini manusia bersabung nyawa
segala-galanya atas setiap yang sia-sia

Dan manusia masih buta
membina atas nama cinta
tugu yang megah menyulam derita
tatkala yang mati mendapat mahligai pujaan
yang masih hidup mengais rezeki di jalan
sememangnya telah difitrahkan dunia
bahawa dalam setiap haloba
ada ketakutan yang membara
dan tatkala harta dikota
jiwa dan raga yang dipenjara
sampai mati menyulam derita

No comments: