Memang cantik dia
lirik matanya menikam
hangat kulitnya mencengkam
debur nafasnya seram
Memang cantik dia
di mataku jadi ghairah
di telingaku jadi resah
dan aku mahu amat
menyentuh tubuhnya nikmat
sambil melayan syahwat
Kalau padamu ini lucah
dan mencabul tatasusila
maafkanlah aku
kerana sungguh aku tak mampu
terhadapmu membendung nafsu
lirik matanya menikam
hangat kulitnya mencengkam
debur nafasnya seram
Memang cantik dia
di mataku jadi ghairah
di telingaku jadi resah
dan aku mahu amat
menyentuh tubuhnya nikmat
sambil melayan syahwat
Kalau padamu ini lucah
dan mencabul tatasusila
maafkanlah aku
kerana sungguh aku tak mampu
terhadapmu membendung nafsu
1 comment:
Adzam, kalau cipta puisu ni utk isteri awak tu, Alhamdulillah, lega saya.
Bukan apa, takut ia untuk yg bukan isteri. Heheeh :)
Post a Comment