Saturday, September 09, 2006

Langit Bersulam Sutera


Seandainya
aku punya langit bersulam sutera
dan mahligaiku bertatah berlian permata
mungkinkah aku disanjung
dipuja sentiasa
disegani semua yang ada dalam dunia?

Namun
walau ku tak punya langit bersulam sutera
dan mahligaiku pun tidak bertatah permata
aku tetap bersyukur ke hadrat Maha Esa
kerana aku dijadikannya sebagai manusia


Lagu untuk putera dan puteriku

No comments: