Thursday, September 17, 2015

Bila Buka Mulut


Sesetengah orang
bila buka mulut
yang susah jadi senang
yang tewas jadi menang
dan semua meraih permata

Sesetengah orang
bila buka mulut
yang sabar mula merungut
yang tenang mula bersungut
dan semua bermandi air mata

Friday, September 11, 2015

Waktu


Waktu makin cepat
usia makin singkat
dan gelumang maksiat
makin ketat mengikat
dan seruan taubat
larut dalam dosa yang pekat..

Thursday, July 30, 2015

Besar Kurang Ajar


Ujian ini tentang sabar
melayan kerenah orang besar
yang tiba-tiba anggap diri loyar
sedang setiap mereka sekadar
tiga hari je belajar
betul punya kurang ajar...

Tuesday, May 26, 2015

Belum Lagikah?

Belum lagikah
menelan kelatnya arak
mendakap hanyirnya zina
sedang bara neraka
makin panas menyala
hingga pijar kulit yang hitam
hingga hangus hati yang kelam?


Monday, March 30, 2015

Engkau

Sering dia berkata
dirinya tidak jelita
sedang aku tak tahu
bagaimana untuk kugambarkan
betapa cahaya siang
tenggelam di sinar matanya
dan betapa gelita malam
damai di seri wajahnya
dan betapa desiran ombak
tidak segemersik bisikannya
dan betapa hembusan bayu
tidak selembut belaiannya
dan betapa setiap dirinya
melayarkan bahtera khayal
lantas berlabuh di cinta yang kekal

Thursday, January 01, 2015

Resam Tahun Baru


Tahun ini sudah hujungnya
tahun baru sudah menjelma
Lantas...

Kita saling bertanya
apa azam new year

Dan bloggers berlumba-lumba
menulis tentang taubat dan agama

Dan ustaz menjerit serak basah
suruh kita kembali berubah

Dan kota-kota besar meriah
ditabur arak, zina dan dadah

Lalu...
Selain kalendar di dinding dan meja
apa lagi yang baru sebenarnya?

Saturday, May 03, 2014

Duniaku


Aku teramat ingin
seluruh dunia tahu
yang aku amat cinta kamu
namun biarlah hanya kamu
satu-satunya yang tahu
kerana kini hanya kamu duniaku...

Friday, April 18, 2014

Hikmah Derita


Sungguh
Betapa Allah Maha Mengetahui
mengurniakan yang perlu
dan bukan yang diingini

Syukur
Betapa Allah menunjuk jalan
mengajar sedih dan derita
agar insaf bersemadi di jiwa

Subhanallah
Betapa kerdilnya aku
dan tidak bernilai apa-apa
selain daripada pahala dan dosa

Ampuniku yaa Allah
akan alpa dan rungutan
sehingga kulihat dunia
kononnya kekal selamanya

Sunday, January 19, 2014

Orkid

Tolonglah dengar
ketukan di pintu hatimu
itu tanganku yang luka
mengharap pintu dibuka

Izinkan aku
berhubaya-hubaya melangkah
ke dalam ruang misteri
bebas meneroka dan mencari

Dakap tubuhku
tatkala cintamu kusentuh
jangan sesekali dibiar reda
kehangatan tubuh yang membara

Turutilah aku
ke mana saja aku melangkah
biar hidup mati kita bersatu
biar pusara kita satu...

Thursday, January 02, 2014

Dugaan Bak Durian

Aku tak kisah
biarpun di seluruh tubuh ini
nyamuk berpesta menghirup darah

Aku kan tempuh
hutan belukar yang berduri
hingga terlakar calar di serata tubuh

Aku tak peduli
biar duri tajam menebuk kulit
hingga banjir darah di tangan dan jari


Biarkan dugaan ini
umpama durian yang gugur ke tanah
sebelum lazat isinya dapat kuratah
sanggup kudakap azab yang berdarah

Tuesday, December 31, 2013

Percaya

Percayakah kau
pada tuding jari mereka
konon di hujung sana
ada cahaya bahagia gembira?

Percayakah kau
pada bicara lidah mereka
konon mereka berkuasa
mengurniakan makmur sentosa?

Percayakah kau
bahawa mereka juga mati
dan seperti juga kau
bakal diadili Ilahi?

Lantas kepada siapakah
kau berserah diri
dan bertuhan kepada apakah
kepercayaanmu berdiri?

Tuesday, December 17, 2013

Nak Jadi Baik

Nak jadi baik
pasang niat demi Dia
sungguh betapa indahnya
bila terjamin satu pahala

Nak jadi baik
usaha ramuan yang mesti
sungguh tidak akan rugi
andai ketika itu aku mati

Nak jadi baik
yang mungkar jauh dibuang
tiada ertinya jalan yang terang
kalau berjalan dalam telanjang

Friday, August 09, 2013

äïDïL FïTRï YäNG SëPï


Yáng táhù hákìkát dán rìwáyát
áìr mátá kálìán kùámbìl bèrkát
sèbágáì tándá yáng jádì ázìmát
sèkádár ìtù tèrdáyá kùìkát

Yáng sèkádár mènòntòn sándìwárá
cùkùplah sèkádár lákònán bònèká
sèdáng Tòk Dálángnya tèrsùngkùr hìbá
mèngùtìp sèndìrì tákdìr yáng bèrtìmpá

Wáláu sìápá pùn kálìán
násìhát ìnì ìkhlás kùbèrìkán
gènggamláh báhágìá sèlágì ádá
kèráná sèdètìk tèrlèká
sèùmùr ùsìá dèrìtá sèngsárá

SëLäMäT MëRäïKäN äïDïL FïTRï
këpädämü... bähägïä sëjätï kë äkhïr häyät
këpädäkü... äpä sähäjä yäng käü lïhät




Sunday, July 28, 2013

Ikhlas Tapi Jauh

Semoga cepat sembuh sayang
dan sihat sejahtera dirimu
pohonlah ke hadrat Tuhan
agar dikurnia kekuatan

Sungguh bukan sedikit sayang
kekuatan bondamu diuji Tuhan
semoga Allah melimpahkan rahmat
seusia hayat dunia dan akhirat

Sunday, July 21, 2013

Ini Hatiku 2

Ini hatiku
pernah ia melapangkan pintu
buat menyambut seorang tetamu
yang kusanjung kupuja umpama Ratu

Ini hatiku
diperdaya dan teraniaya
kini hancur tidak bersisa
tak daya lagi menyemai cinta

Ini hatiku
hodoh bernanah terluka
diperlakukan teramat hina
bak sampah yang tak berharga

Ini hatiku
sendiri kusimpan
buat menunggu kematian
takkan tergamak kuserahkan

Sunday, July 14, 2013

Kurniakanlah

Ya Allah ya Rahmaan
Demi rahmat Ramadan ini maka kurniakanlah aku
MATA yang hanya melihat KEINDAHAN insan
HATI yang memaafkan segala PENGANIAYAAN
FIKIRAN yang melupakan segala KEJAHATAN
dan JIWA yang tetap atas KEIMANAN kepadaMu

Ya Allah ya Rahmaan
jangan izinkan aku mati sebegini
dalam kesesatan yang abadi
cabutlah nyawaku sedang aku beriman
dan kutinggalkan dalam jagaanMu Ilahi

mereka yang comel yang amat kukasihi

Saturday, June 22, 2013

Purnama Sepi 2

Ada purnama malam ini
yang menyinarkan cahaya seri
namun tidak seperti selalu
malam ini purnama sendu

Ada purnama di langit malam
di mata ini sinarnya kelam
tiada lagi bintang menemani
purnama kini sepi sendiri

Ada purnama di atas sana
yang bersinar untuk dunia
untuk dia menikmati bahagia
supaya aku ditenggelami derita
dan hasrat hatiku yang mengukir janji
dibunuh mati tanpa peduli
demi pelangi yang telah ditemui
buat dirinya sendiri...

Purnama Sepi

Ada purnama malam ini
yang menyinarkan cahaya seri
namun tidak seperti selalu
malam ini purnama sendu

Ada purnama di langit malam
di mata ini sinarnya kelam
tiada bintang yang menemani
malam ini purnama sepi

Ada purnama di atas sana
yang bersinar untuk dunia
untuk dia menjadi bahagia
untuk aku menjadi derita

Friday, June 21, 2013

Patutlah...

Patutlah...
dibuang aku umpama sampah
demi kembalinya bahagia
dan perginya derita

Patutlah...
sibuk benar menjelang malam
demi di sisinya ada bahagia
walaupun tahu aku derita

Patutlah...
tiada kisah tiada peduli
tak perlu mengadu hati
kerana tiada derita lagi

Patutlah...
setiap keikhlasan yang ingin kuhulur
di matamu amat jijik berdanur
dibuang mentah bak bangkai tak berkubur

Patutlah...
berkerat rotan berpatah arang
walau kumati terbongkang
atau tersadai di dasar jurang
takkan ada padanya derita
kerana sudah kembalinya bahagia

Patutlah...
empat purnama sakit bertandang
empat purnama tak bisa tidur
empat purnama gelisah menghimpit
empat purnama mengharap mati

Patutlah...
konon lega meluah penghargaan
pada insan yang berbudi dan berkorban
mungkin mengharap ungkapan indahnya
boleh menawar bisa racunnya

Terima kasih...
atas penghargaan dan balasan sucimu
dan kebahagiaan yang disembunyikan
doakan saja untukku kematian
sebagaimana yang sangat kau harapkan
mudah-mudahan aman hidupmu
mudah-mudahan bahagia hatimu
mudah-mudahan tenteram jiwamu
mudah-mudahan makbul doamu
maka doakanlah mati untukku
Demi Tuhan itulah yang terbaik
buat kau dan aku...