Saturday, February 27, 2010

Aku Tak Perlukan Kau Lagi

Aku tak perlukan kau lagi
kerana sudah kutahu
erti benci

Aku tak perlukan kau lagi
kerana untuk dirimu
kutemui pengganti

Aku tak perlukan kau lagi
segalanya tentangmu
sudah hilang di hati

Aku tak perlukan kau lagi
dan mulai saat ini
kau dipersilakan pergi

Wednesday, February 17, 2010

Mengingatimu Menyakitkan

tiada kaitan
dengan benci
sekadar ingin melupakan
kerana sesungguhnya
mengingatimu
terlalu amat menyakitkan
dan untuk lupa
teramat payah
kerana menongkah fitrah
azab amat sudah
menanggung sakit ini

Tuesday, February 16, 2010

Tidak Seperti Dalja

Tidak seperti Dalja
aku sama sekali bukan dia
tak layak menagih cinta
tak sajak meluah rasa

Dan bukan untuk Dalja
tetap ada dalam hiba
rasa duka yang terluka
mengharap apa yang tiada

Seperti Dalja
itu kamu
ini aku
saling benci
tanpa rindu


Friday, February 05, 2010

Di Sini Kau dan Aku


Di sini aku pernah berdiri
dingin melayan sepi
rindu melayan sunyi
jauh menghitung hari

Nun di dalam rasa
kugenggam lembut jarimu
kudakap hangat tubuhmu
kukucup manis bibirmu
biar membenih cinta kita
kau dan aku...

Friday, January 29, 2010

Aqidah


Anak-anak kita
ahli syurga atau neraka?

Kita hantar mereka ke sekolah
diajar mereka ibadah
diajar mereka mu'amalah
tapi masih lemah 'aqidah

Anak-anak kita
ahli syurga atau neraka?

Mereka tanya siapa Allah
Dialah Tuhan yang disembah
Dialah Yang Maha Pemurah
tapi siapakah Rasulullah?

Thursday, January 28, 2010

Kenangan


Dalam setiap langkah
sarat dengan kenangan
dalam setiap pandang
nampak keindahan
dalam setiap tutur
terdengar pujuk rayu
dalam setiap kata
terungkap nada cinta

Lalu ini semua
terkandungkah sebarang makna
atau sekadar si buta
meraba-raba dalam gelita?

Wednesday, January 20, 2010

Tak Mungkin


Tak mungkin
ada ruang dalam hati
untuk kuhampar kesumat benci

Tak mungkin
ada api yang menyala
untuk kubakar marah membara

Dan tak mungkin
malaikat dan syaitan bersekutu
kerana kesumat kan jadi dendam
hingga meletus api yang terpendam
tidakkah kau faham?

Sungguh!
Yang api itu aku
yang cahaya itu dia
yang neraka itu aku
yang syurga itu dia
mana mungkin bersama?

Friday, January 15, 2010

Perlu Hidup Untuk Mati


Digit pertama usia...
...baru saja bertambah
Rupa bentuk badan...
...dah tak boleh diubah
Perangai baru dan lama...
...perlu segera berubah
Nilai pahala dan dosa...
...harapnya sempat digubah
Tempoh hidup di dunia...
...tak mungkin bertambah

Hidup
memang bermula hari ini
kerana aku perlu hidup
untuk menempuh mati

Sunday, January 10, 2010

1Muslim


Dalam 1Malaysia
kita berkongsi tanah
tapi tidak budaya
tidak juga bahasa
tidak juga agama
apatah lagi syahadah

Dalam 1Muslim
kita tidak berkongsi tanah
tapi kita mentauhidkan Allah
berkongsi Rasulullah
berpaksi satu syahadah
dan mati kita demi kalimah
Laa ilaha illallaah Muhammadar-rasulullaah

Tuesday, January 05, 2010

Ke Mana Setelah Mati?


Dia mati ke
kita mati ke
siapa-siapa juga mati
"Innalillahi wa inna ilaihi roji'uun..."
lantas kau fikir mereka ke mana
setelah mereka mati?
"Innalillahi wa inna ilaihi roji'uun..."

Thursday, December 24, 2009

Apa Yang Baru?


Tahun ini sudah hujungnya
tahun baru bakal menjelma
Lantas...

Kita saling bertanya
apa azam new year

Dan bloggers berlumba-lumba
menulis tentang taubat dan agama

Dan ustaz menjerit serak basah
suruh kita kembali berubah

Dan kota-kota besar meriah
ditabur arak, zina dan dadah

Lalu...
Selain kalendar di dinding dan meja
apa lagi yang baru sebenarnya?

Wednesday, December 02, 2009

Kau Mahu Apa Ya?

Sebenarnya
kau mahu apa ya?

Mengusir derita
dan menebar bahagia?

Atau melempar sengsara
pada hati yang derita?

Emosi ini sudah karam
hati ini sudah tenggelam
namun masih jua dahaga
lemas tak bernafas
sesak dalam rimas

Tuesday, December 01, 2009

Istana Cinta Berbunga


Dari mata
turun ke hati
dan di dalam hati
tersemainya cinta

Istana cinta
terbina di jari
dan cincin di jari
mendakap bahagia

Demi bahagia
mekar mewangi
dan bersama wangi
empat cahaya mata

Belum cukup
tiga belas tahun di sini
moga diberkati
seribu tahun lagi

Friday, November 13, 2009

Perbezaan




Demimu
bagiku
aku tahu
bakal runtuh
akan runtuh
pasti runtuh
nyaris dibiar ia runtuh

Demiku
bagimu
aku tahu
jangan runtuh
tiada runtuh
takkan runtuh
mustahil runtuh
jangan biar ia runtuh

Aku Bukan Dia

Aku bukan dia
yang masih ingat
antara ratusan lorong
yang mana satu sampai ke sini

Aku bukan dia
yang bersama-samaku
sentiasa ada jamung dan obor
buat menyuluh lorong gelita

Aku bukan dia
yang hati terbang di awan
sedang badan tertambat di taman
dalam penjara bahtera yang kesesatan

Dan kau bukan aku
yang mengorbankan bunga di taman
buat mengejar merpati kayangan
lalu patah sayap yang hancur
hingga hati yang cuma satu
musnah terbakar berderai lebur

Thursday, November 12, 2009

Takut!

"Tampan sungguh dia
hingga aku tergoda
lantas tidurku tak lena"

Tak mengapa
kalau kau yang berkata-kata
bernama "Siti" atau "Diana"

Tapi sial banget
kalau namamu "Sofian" atau "Abu"
dan kau kencing
di tandas awam yang sama dengan aku!
Ptuih!

Friday, November 06, 2009

Bincang Sembang


Masa itu emas"
katanya dia
dan sesi berbincang
jadi medan bersembang
Bangang...
Siamang...
Bengang...
rasa macam nak bunuh orang!

Tuesday, October 06, 2009

Siapa Kita?

Siapa kata
air yang dipukul
takkan terpercik ke muka?

Siapa kata
tangkai yang dilentur
takkan melibas semula?

Dan kita kata
di seberang sana
mereka serumpun serupa

Dan kita percaya
kita di sini
satu negara satu Malaysia

Nun di langit
kita merenung bulan yang sama
sedang di bumi
kita menapak tanah yang berbeza

p/s: Ya... puisi ni ialah saduran dari puisi Siapa Kata dan puisi Langit dan Bumi... eheks...

Thursday, September 17, 2009

SéLáMáT MéRáíKáN AíDíL FíTRí

Banner created with MyBannerMaker.com

Lembu di kandang dah kurang seekor
Ayam di reban kembali sibuk bertelur
Tanda Ramadan akan berundur
Memberi laluan Syawal menyusur

Kepada sahabat dan kenalan
Kepada handai dan taulan
Kepada gadis-gadis yang menawan
Sama ada yang janda atau perawan
Yang masih dara atau yang berselaput tiruan
Yang bermekap tebal atau sekadar berhias senyuman
Yang berjubah berkebarung atau yang tak cukup pakaian

Juga kepada kekasih terkini
Atau yang dah menyampah nak bercinta lagi
Atau bercinta dengan jantan luar negeri
Atau yang mengandung tanpa bin atau binti

Serta mereka yang jari tak sampai lima
Atau mereka yang bersongket di penjara
Juga mereka yang dah tak bernyawa
Termasuk mereka yang tak pernah puasa

Sama ada yang kaya atau yang fakir
Yang pemurah dermawan atau kedekut kikir
Yang bersifat bakhil atau suka hati membazir
Yang minum arak tapi tak makan khinzir

Dan aku hanyalah insan
Yang merasa lapar kalau tak makan
Masih boleh menguntum ikhlas
Atas segala yang melampaui batas
Atas segala khilaf dan culas
Mohon jangan dituntut balas
Mohon ampun di atas belas

Selamat kembali bersetubuh di siang hari
Oh ya! Selamat makan dan minum di siang hari juga... eheks!

Berhati-hati di jalan raya
SéLáMáT MéRáíKáN AíDíL FíTRí DéNGáN CéRíA