Monday, August 31, 2009

Sememangnya Selepas Merdeka


Sememangnya selepas merdeka...
kita semakin kenyang
dulu ubi kayu
sekarang ubi kentang
yang dulu dicatu
sekarang dibuang

Dan kita semakin mewah
anak beranak kenyang rasuah

Dan kita semakin berani
naik motor pun sambil berdiri

Dan kita semakin ramai
zuriat bersepah di longkang dan denai

Dan kita semakin kaya
kita ada segala virus di dunia

Dan kita semakin bersatu
kita makan apa saja yang dijamu

Dan...
dan...
dan...


Tetapi...
sebenarnya kerana merdeka
anak-anak kita dapat merasa...
...gebu McD dan rangup KFC
...berendam salji di luar negeri
...solat di masjid di merata negeri
...melaungkan azan di dinihari

Sememangnya bila dah merdeka
terpulang kehendak diri sendiri
hendak menongkat langit
mendongak berhidung tinggi
atau mencium bumi
penuh syukur menyembah Ilahi...

2 comments:

Mohd Azmidi Abdullah said...

wow!!

Najwa Aiman said...

"Berniaga orang lebih untung daripada berniaga unta. Wow!"