Mereka kata
empat puluh tahun masanya
buat diri bersiap
lantas sedia menempuh segala
Mereka kata
empat puluh tahun dulu
Melayu dan Cina berkelahi
lantas bersedia untuk mati
Aku kata
selepas empat puluh tahun
kita belum bersebati
antara kita masih membara api
Hari ini
masih ada yang lupa diri
dalam empat puluh tahun lagi
semua yang suka belacan dah mati
seorang pun tak berbaki
6 comments:
buat masa ini.... saya memang suka belacan.. terutamanya sambal belacan... tapi... tak pasti esok .. lusa... atau 40 tahun lagi...adakah masih saya di dunia ini...
belacan kalau peram 40 tahun pon tak sedap..haha
..selagi melayu tak hilang belacan tak hilang.. sajak yang bagus..
Ekin,
Zuriat kita dah jadi Melayu 2020... Pan-Melayu istilahnya... Best! Eheks...
Basuh Baju
Dah habis membasuh ke belum? Ekekekekeke... Kalau belacan tu dah basi bagi kat Haji Bakhil. Tu yang Pak Aji suka tu!" kata Labu.
Abuyusof
Dulu Hang Tuah bilang "Tak Melayu hilang di dunia!". Lepas tu dia bunuh Melayu Hang Jebat sebab Sultan Melayu Melaka suruh. Kemudian dia sendiri pun hilang entah ke mana... Dan Sultan melayu Melaka pun dah tak ada... ekekekekekeke... aiyaaarrrkkk...!
Post a Comment