Tuesday, December 18, 2007

Terlupa Agaknya?

Selamat pagi!
Dah gosok gigi?
Mari join aku kat sini
minum kopi
makan roti
sambil sembang-sembang
tentang yang akan datang
jangan pula kau jemu
kerana aku amat rindu

Yang aku dengar-dengar
di TV dan akhbar
kau dah jadi orang besar
kau yang sampai dulu
masa banjir di situ
dan kau yang balik dulu
semasa mereka berpusu-pusu
mencari tapak tinggi
selepas kau pergi

Kopi ni aku belanja
roti ni pun aku sponsor
sama macam kereta kau juga
malah gaji dan elaun bulanan
termasuk kau punya cukai pintu dan cukai jalan
semua tu aku yang bayarkan
sampai anak bini aku kebuluran
kau tak percaya?
Pergilah tanya pejabat LHDN berdekatan

Masa kau papa kedana
tapi nak berbini tiga
aku bagi pinjam sepuluh ribu
dan sekarang
perempuan tu pun dah kembali janda
duit aku mana?

1 comment:

Rasha_rz said...

wah marah benar adik akak ni. salam aidiladhar...,
p/s berenanglah guna belakang itik tu....