Merenung bulan
mencari cahaya
ada sinar dari langit
ada sinar di pasir
Esok lusa
purnama menjadi sabit
sebahagiannya hilang
bersama cahayanya
Ada malap
semakin malap
semakin purnama lenyap
Kau cari cahaya
lalu merenung bulan
kerana kau tak mungkin
dapat merenung mentari
2 comments:
MASTER NAJWA:
Maaf tuan kerana jari saya gatal nak menambah-manambah fikiran indah nukilan yang bernama najwa aiman.
MENCIUM BALA
Merenung bulan
di rekah papan
mengaharap sinar dari langit
menelan hanyir daging berlendir
Esok lusa
purnama menjadi sabit
sebahagiannya hilang
diganti kelam
Kelam penalan harapan
mangakis nama yang semakin malap
semakin purnama lenyap
Kau cari cahaya
lalu merenung bulan
untuk kau halau ketakutan
yang datang bersama bala yang engkau cium-ciumkan
This is good... apa maksudnya ya?
Post a Comment