Tiga puluh malam tunggang terbalik
dua puluh rakaat disempurnakan
setiap malam secara berjemaah lagi
lepas solat boleh lagi mentekedarah
tak ada masalah
Dua rakaat di waktu dhuha
usai takbir raya yang sayu
juga dalam jemaah
tambah lagi dengan khutbah
pakai baju baru cantik-cantik lagi
pun tak ada masalah
tak banyak kerenah
Tujuh belas fardu seharian
bukan dua puluh
bukan berjemaah
kadang-kadang berlenggeng tak berbaju
ada masalah?
Dua puluh berjemaah boleh buat
Dua berjemaah campur khutbah boleh buat
Tujuh belas yang fardu?
5 comments:
huh. teruknya solat, ya? sampai tonggang terlabik. tak pening ke? hehehe.
salam abg..
x paham la yg 17 jemmah tu apa?
satu lagi..dr dulu...
teringin rasanya nak baca puisi yg abg buat utk ct..
Kak Ram ("kakak" la kan... ekeekeke...)... biasnya lepas moreh baru start pening tunggang-langgang. Yang jadi duta setan di bulan posa akan terus tonggang pulak.
pawana... CT mana? Kalau CT Nurhaliza tak boleh takut Dato K saman. Kalau utk CT Nur insya-Allaah. Tapi.. errr... kena tau dan kenal le diri CT Nur tu in detail... eheks...
Dah, kak ila tak nak komen lagi pasal tonggang langgang awak tu. kak ila cuma nak tanya, dah cuba baca novel baru akak di cesb? KABUS SENJA. Rasanya awak akan kenal akak melalui novel itu. hehehe, promotlah pulak ya?
p/s - jangan mencebik muka tu! lebih elok senyum. katakan, "ya, esok saya baca."
Kak Ila... cebik muka? Huh? nanti saya cari Kabus Senja tu. Kalau bukan dari CESB, biasnaya mmg senang jumpa... ekekekeke...
Post a Comment