Thursday, June 21, 2007

Kepada Hati


Masih ada rasa yang subur
yang disangkakan sudah berkubur
dan sewaktu di bawah langit asing
rindukah ini yang mengikut seiring?

Wajah yang sudah dibingkai
tersenyum dalam santai
sinar apakah yang berkilau di mata
dan sinar itu untuk siapa?

Jangan tipu aku lagi
rasa yang sudah berprasangka
umpama lahar yang membara
diam dalam didihan
panas dalam timbunan
keras sesudah dihamburkan
dan selepas itu
sekadar menjadi tanah kuburan

2 comments:

Anonymous said...

hai salam jumapa & mungkin salam kenal juga. saya baru pertama kali singgah sini. kenal awak dah lama, lewat karya2 awak. tapi awak mungkin tak kenal saya. tak sangka, tengok orangnya nampak biasa je, tapi rupa2nya jiwang juga yek? kunjungi saya di http://www.ramlahrashid.blogspot.com

Najwa Aiman said...

heee...! Ramlah Rashid memang dah kenal, tapi rasa2nya orgnya blom pernah jumpa, kan?

Anyways, sonot dapat kenal. Senang-senang marilah ke Khayal, meriah sket. Yang kat Penglipur tu beta sorang jek.