Duhai Para Pembaca!
Sesungguhnya aku orang pandai
kerana ilmuku lebih tinggi
sedang apa jua yang kau ada
dangkal lagi tak berguna
Duhai Para Pembaca!
Kau memang dungu
kerana tidak membaca
apa yang aku tulis
dan ilmu dalam dirimu
semakin muflis
Duhai Para Pembaca!
Kau tiada apa-apa
sedang aku menguasai dunia
dan apa jua yang kau ada
takkan terbanding dengan ilmuku
kerana aku memang pandai
dan kau dungu
Duhai Para Pembaca!
Jadi keluarlah dari kebodohan
dan bacalah apa yang kutulis
kerana dalam setiap perkataan
ada seruan maha suci
yang menghampirkan kau kepada Tuhan
dan selain daripada aku
akan membawamu makin hanyut
dalam arus kesesatan
Yang benar
~ Penulis Dewa ~
Sesungguhnya aku orang pandai
kerana ilmuku lebih tinggi
sedang apa jua yang kau ada
dangkal lagi tak berguna
Duhai Para Pembaca!
Kau memang dungu
kerana tidak membaca
apa yang aku tulis
dan ilmu dalam dirimu
semakin muflis
Duhai Para Pembaca!
Kau tiada apa-apa
sedang aku menguasai dunia
dan apa jua yang kau ada
takkan terbanding dengan ilmuku
kerana aku memang pandai
dan kau dungu
Duhai Para Pembaca!
Jadi keluarlah dari kebodohan
dan bacalah apa yang kutulis
kerana dalam setiap perkataan
ada seruan maha suci
yang menghampirkan kau kepada Tuhan
dan selain daripada aku
akan membawamu makin hanyut
dalam arus kesesatan
Yang benar
~ Penulis Dewa ~
2 comments:
penulis dewa, your alter ego?
bukan la sayang... nak tau sejarahnya kat sini http://khayalkhayal.blogspot.com/2006/11/sastera-ada-kasta.html
Post a Comment