Cinta ini melimpah kucurah
hingga lencun emosimu basah
dan hatimu karam kelemasan
tapi perasaanmu kering kepanasan
Aku penat menari
di hadapan kau yang buta
atau mungkin miopia
degil dalam kejahilan
bengap dalam kebodohan
Kau berhentilah bergendang
kerana rentak tari ini
akan berhenti
mati