Wednesday, February 14, 2007

Terima Kasih

Terima kasih
kerana menjadi api
menyalakan kembali harapan
yang dulu kian mati

Terima kasih
kerana menjadi malam
mengembalikan padaku mimpi
menggantikan igauan seram

Terima kasih
kerana menjadi hujan
mendinginkan cinta dan rindu
yang hampir hangus kepanasan

Terima kasih
kerana walaupun seketika
sepalit bahagia
cukup untuk menawar
seabad derita

1 comment:

Zaharah said...

Terima kasih kepadaNya kerana memberikan kita hidup, meski ia penuh pancaroba!