nilai air yang tinggi
tidak memberi aku ghobar
namun haloba insan yang keji
membuat darahku memijar
ada mulut yang gagal disuapkan
kerana uncang ayah kekosongan
dan ia semakin kosong
tatkala si laknat semakin untung
lalu tidak wajarkah
aku bangun bersumpah
bahawa daripada lintah keparat itu
akan kutuntut darah!
No comments:
Post a Comment