Wednesday, April 05, 2006

Bukan Berlian Aku

kusangkakan berbaloi
melepaskan dirimu
untuk menggenggam
berlian idaman

rupa-rupanya kilau
yang memancarkan sinar
mencari gagang
yang di seberang pagar

lalu genggaman yang kulepaskan
berganti kekosongan
di tapak tangan

1 comment:

hamka said...

BIARLAH TERLEPAS..KERANA KAU DAH JADI 'MAYAT'...