Thursday, October 17, 1991

Kau Adalah Mawar

Jadilah kau sekuntum mawar
Aku akan menjadi tangkainya
Menampung dan menjunjungmu kukuh
Dan kupastikan kau suci terpelihara
Dengan deduri tubuhku yang bisa
Dari tangan-tangan hitam
Yang diselaputi noda dan dosa

Tenteramlah kau hai mawarku
Kerana kan kupanggilkan
Dedaunan hijau sebagai tenteraku
Yang memayungimu dari terikan mentari
Dan runtuhan air hujan

Dan aku akan terus menjunjungmu
Laksana hamba sahaya
Menjunjung puterinya di panca persada
Kerana kau adalah mawar
Dan aku tangkainya…


~Nostalgia Seberang~

No comments: