Dulu KAMI bayar untuk beri KAMU Kini KAMU bayar untuk beri KAMI Nanti kita cerita yang baik antara kita Biar mereka nampak KAMI elok belaka Supaya kepala KAMI masih melekat di badan Walaupun KAMU anak-beranak sengsara berantakan
Terbentang di hadapan mereka satu persatu episod cerita namun yang mereka nampak gerak lakon watak yang dibawa Terdengar di telinga mereka riwayat yang menghikayat cerita namun yang mereka dengar dialog pelakon yang berbicara Sungguh mereka telah buta dan mereka telah tuli menampakkan elok yang tidak elok menutup kebenaran dengan kebatilan lantas hakikat apakah lagi yang tidak mereka dustai?
Masa yang semakin singkat debu yang semakin pekat air yang semakin likat nafsu yang semakin bertingkat insan yang semakin jahat Muslim yang semakin sesat Sungguh... dunia semakin tenat ajalnya semakin dekat patutlah ia semakin manja ingin diapit sentiasa dengan bertimbunnya emas permata dengan mencanaknya khayal dan leka dengan bersepahnya dada dan paha dengan syaitan yang kencing merata dengan ilmu yang semakin papa dengan jahil yang berajalela dengan zalim yang dipuja-puja dengan Rasul yang dihina-hina
Ini negara kita bersama ada Muslim di dalamnya ada Zimmi di dalamnya ada Harbi di dalamnya Dan kami patuh kepada Nabi yang kalau kamu Zimmi kami lindungi yang kalau kamu Harbi kami bunuh mati Ini negara kita bersama biar apa pun yang kau percaya jangan persoal apa yang kami percaya bagi kamu agamamu dan bagiku agamaku
Lebih baik duduk membuta kerana tiada kerja daripada berwuduk dan berdhuha kata mereka Terlalu dalamkah kealpaan atau jauh sangatkah kesesatan mungkin lebih takut kepada insan dan tidak percaya kepada Tuhan? Sungguh... perintah Tuhan itu ke atas kami dan ke atasmu dan ke atas mereka yang menguasaimu...
Hormatilah penunggang motor yang menyepak cermin kereta pemandu angkuh di lorong cemas yang otaknya di dlm tandas Mulakan hai pemandu kereta menyepak motor yang parking selamba dalam petak parkir kereta satu petak dia sorang punya Ya... memang aku sengaja nak curah minyak dalam api yg marak yang dinyalakan secara bebal dek mereka yang takdak akal... Marahlah... marah... marah...!
Marah itu mudah tapi di hujung jalannya kesal sampai ke mati Sabar itu indah dan di hujung jalannya manis di dalam hati Biarlah orang beraja kita sekadar berhamba hari ini hari mereka hari kita adalah selamanya
Sebenarnya sudah boleh terlihat kau sudah putus asa Sejelasnya sudah kerap kau tunjuk harapanmu sudah tiada Sejujurnya aku makin simpati hingga aku makin percaya Sesungguhnya kau mahu kejar bahagia dan memang kau tahu benar yang takkan kau temuinya andai denganku kau tetap bersama Justeru pergilah kerana amat ramai di sana yang sedang mengejarmu yang akan mengerumunimu tanpa kau perlu usaha apa-apa...
The years have proven women are evil trust them not pity them not let them rot Dear God if they lie for the sake of money hurting sincere loving hearts throw them without mercy in the fire of hell for eternity...
Setiap yang terbang walau setinggi mana pasti akan mendarat jua lantas berhenti Lalu yang terbang kian tinggi menggempur awan hingga ke angkasa di manakah bagimu kanan dan kiri bukankah terapung itu berhenti?
Sebenarnya tiada sempadan dalam diri selain yang dipagarkan sendiri Sempadan ini buat menghalang masuk gejala bukan membelengu langkah yang mara Jangan berhenti daripada terus cuba menjajah aku daripada terus cuba menjarah aku
Sungguh pada sifat angkuh itu tiada makhluk yang suka semua mencela belaka Sungguh keangkuhan menjemput laknat dan sumpahan dari langit dan bumi jatuh mencurah umpama duri Sungguh angkuhnya manusia lantas langsung lupa Tuhan itu ada... Astaghfirullah...