Friday, January 04, 2019

Biar


Biar nak terberak
Jangan kencing mangkuk
Biar mabuk arak
Jangan pening rokok.

Monday, December 24, 2018

Renang


Dan mereka meniti jambatan rapuh
Buat menyeberangi
Lautan yang tidak bertepi
Sedang tiada antara mereka
Yang pandai bermain air...

Thursday, July 21, 2016

Mentimun


Dan kami menyergahmu
lantas kami kau belenggu

Dan kini mereka menyergahmu
entah apa jadi nasibmu
namun kami
tetap terus dibelenggu

Sungguh antara kau dan lembu
kau jauh lebih bodoh
dan jauh lebih hodoh
lebih2 lagi si dia
yg dengannya kau bertemu jodoh...

Sunday, July 03, 2016

Maaf

Demi Tuhan
marahku
tak mengatasi cintaku
dan cinta untukmu
sebati dalam darah pekatku

Sungguh
resah ini tanpamu
dan bahagia ini keranamu
jangan benci aku
seakan menjadi seteru...

Tuesday, June 14, 2016

Motorsikal


Hormatilah penunggang motor
yang menyepak cermin kereta
pemandu angkuh di lorong cemas
yang otaknya di dlm tandas

Mulakan hai pemandu kereta
menyepak motor yang parking selamba
dalam petak parkir kereta
satu petak dia sorang punya

Ya...
memang aku sengaja
nak curah minyak 
dalam api yg marak
yang dinyalakan secara bebal
dek mereka yang takdak akal...

Marahlah... marah... marah...!

Saturday, May 21, 2016

Sabar


Marah itu mudah
tapi di hujung jalannya
kesal sampai ke mati

Sabar itu indah
dan di hujung jalannya
manis di dalam hati

Biarlah orang beraja
kita sekadar berhamba
hari ini hari mereka
hari kita adalah selamanya

Monday, May 16, 2016

Jelas


Sebenarnya
sudah boleh terlihat
kau sudah putus asa

Sejelasnya
sudah kerap kau tunjuk
harapanmu sudah tiada

Sejujurnya
aku makin simpati
hingga aku makin percaya

Sesungguhnya
kau mahu kejar bahagia
dan memang kau tahu benar
yang takkan kau temuinya
andai denganku kau tetap bersama

Justeru pergilah
kerana amat ramai di sana
yang sedang mengejarmu
yang akan mengerumunimu
tanpa kau perlu usaha apa-apa...

Thursday, November 19, 2015

K


The years have proven
women are evil
trust them not
pity them not
let them rot

Dear God
if they lie for the sake of money
hurting sincere loving hearts
throw them without mercy
in the fire of hell for eternity...

Monday, November 09, 2015

Terbang


Setiap yang terbang
walau setinggi mana
pasti akan mendarat jua
lantas berhenti

Lalu yang terbang kian tinggi
menggempur awan hingga ke angkasa
di manakah bagimu kanan dan kiri
bukankah terapung itu berhenti?

Friday, November 06, 2015

Sempadan


Sebenarnya
tiada sempadan dalam diri
selain yang dipagarkan sendiri

Sempadan ini
buat menghalang masuk gejala
bukan membelengu langkah yang mara

Jangan berhenti
daripada terus cuba menjajah aku
daripada terus cuba menjarah aku

Tuesday, November 03, 2015

Angkuh


Sungguh
pada sifat angkuh itu
tiada makhluk yang suka
semua mencela belaka

Sungguh
keangkuhan menjemput laknat
dan sumpahan dari langit dan bumi
jatuh mencurah umpama duri

Sungguh
angkuhnya manusia
lantas langsung lupa
Tuhan itu ada...

Astaghfirullah...

Thursday, September 17, 2015

Bila Buka Mulut


Sesetengah orang
bila buka mulut
yang susah jadi senang
yang tewas jadi menang
dan semua meraih permata

Sesetengah orang
bila buka mulut
yang sabar mula merungut
yang tenang mula bersungut
dan semua bermandi air mata

Friday, September 11, 2015

Waktu


Waktu makin cepat
usia makin singkat
dan gelumang maksiat
makin ketat mengikat
dan seruan taubat
larut dalam dosa yang pekat..

Thursday, July 30, 2015

Besar Kurang Ajar


Ujian ini tentang sabar
melayan kerenah orang besar
yang tiba-tiba anggap diri loyar
sedang setiap mereka sekadar
tiga hari je belajar
betul punya kurang ajar...

Tuesday, May 26, 2015

Belum Lagikah?

Belum lagikah
menelan kelatnya arak
mendakap hanyirnya zina
sedang bara neraka
makin panas menyala
hingga pijar kulit yang hitam
hingga hangus hati yang kelam?


Monday, March 30, 2015

Engkau

Sering dia berkata
dirinya tidak jelita
sedang aku tak tahu
bagaimana untuk kugambarkan
betapa cahaya siang
tenggelam di sinar matanya
dan betapa gelita malam
damai di seri wajahnya
dan betapa desiran ombak
tidak segemersik bisikannya
dan betapa hembusan bayu
tidak selembut belaiannya
dan betapa setiap dirinya
melayarkan bahtera khayal
lantas berlabuh di cinta yang kekal

Thursday, January 01, 2015

Resam Tahun Baru


Tahun ini sudah hujungnya
tahun baru sudah menjelma
Lantas...

Kita saling bertanya
apa azam new year

Dan bloggers berlumba-lumba
menulis tentang taubat dan agama

Dan ustaz menjerit serak basah
suruh kita kembali berubah

Dan kota-kota besar meriah
ditabur arak, zina dan dadah

Lalu...
Selain kalendar di dinding dan meja
apa lagi yang baru sebenarnya?

Saturday, May 03, 2014

Duniaku


Aku teramat ingin
seluruh dunia tahu
yang aku amat cinta kamu
namun biarlah hanya kamu
satu-satunya yang tahu
kerana kini hanya kamu duniaku...

Friday, April 18, 2014

Hikmah Derita


Sungguh
Betapa Allah Maha Mengetahui
mengurniakan yang perlu
dan bukan yang diingini

Syukur
Betapa Allah menunjuk jalan
mengajar sedih dan derita
agar insaf bersemadi di jiwa

Subhanallah
Betapa kerdilnya aku
dan tidak bernilai apa-apa
selain daripada pahala dan dosa

Ampuniku yaa Allah
akan alpa dan rungutan
sehingga kulihat dunia
kononnya kekal selamanya

Sunday, January 19, 2014

Orkid

Tolonglah dengar
ketukan di pintu hatimu
itu tanganku yang luka
mengharap pintu dibuka

Izinkan aku
berhubaya-hubaya melangkah
ke dalam ruang misteri
bebas meneroka dan mencari

Dakap tubuhku
tatkala cintamu kusentuh
jangan sesekali dibiar reda
kehangatan tubuh yang membara

Turutilah aku
ke mana saja aku melangkah
biar hidup mati kita bersatu
biar pusara kita satu...