Thursday, December 30, 2010

Pergi



Perpisahan
biasanya tak diingini
namun ada ketikanya
perpisahan memang dinanti

Dan ada ketikanya
perpisahan yang dinanti
menyapa geram dan kejam
sedang hasrat di hati
mahukan tenang dan tenteram

Dan perpisahan yang murni
dalam ikhlas dan rela hati
pergi diri tak diperlukan lagi
tanpa dorongan tipu daya
berkorban demi bahagia

Wednesday, December 01, 2010

Kita

Kita pernah selami
manis lautan madu
mengecap nikmat tanpa jemu

Kita pernah renangi
pahit kolam hempedu
melayan tangis bersulam sendu

Kita pernah rasa
hangatnya bara cinta
pijarnya api marah
bisanya tusukan benci

Lalu kita pasrah
mengikat janji abadi
dengan jujur dan setia
dengan sabar dan cinta
hingga makin tinggi layarnya
bahtera cinta yang kita bina





Wednesday, November 17, 2010

Ikhlas Cinta?

Dan kau bertanya
ikhlaskah aku
Ketahuilah bahawasanya
seperti cintamu
ikhlasku jua
tak boleh dipaksa

Tuesday, November 16, 2010

Harga Sebenar Korban

Sungguh pengorbanan ini
...harta dan masa
...wang dan tenaga
...hati dan perasaan
...keluarga dan taulan
...justeru nyawa
sebenarnya demi siapa?
Atas nama Tuhan?
Atau demi cinta murahan...?

Monday, November 08, 2010

Simpatiku

Simpatiku
kepada lelaki itu yang malang
yang terus-terusan menyangka
perempuan yang dinikahinya
bukan betina sundal jalang
sedang telah beberapa kali disetubuhi aku
di hotel-hotel lima bintang.

Thursday, November 04, 2010

Bodoh Biadap

Sedang mata yang memandang
terasa berat bebannya
walau yang memikul
bukan bahunya

Lantas mulut yang mencela
sedang ia tidak bertanya
sedang bahu tidak memikul
sedang mata tidak memandang
sudah bodoh biadap pula

Wednesday, November 03, 2010

Sumpah Ke Atasnya

Demi Allah! Demi Allah! Demi Allah!

Biar...
Kudung tangan dan kakinya
cacat seluruh anggotanya
demikian dia menderita
hingga ajalnya tiba!



"Demi Allah! Demi Allah! Demi Allah Yang Maha Berkuasa... Biar kudung anggota badan M___ K______ A____ A__ B____ menjadi cacat menderita seumur hidup natijah menganiaya jiwa yang ikhlas memberi..."

Sila aminkan kalau kau orang yakin dan berani. Kalau nak tau lanjut SMS aku.

Monday, October 25, 2010

Kongsi

Kasih sayangmu
dan seluruh tubuhmu
dengan aku
aku mahu...

Semua diri kamu
dan seluruh hati kamu
dengan dia
aku tak mahu...

Kejujuran dipagari setia
itu kuncinya...

Sungguh
tersangat dungu dan bodohnya
aku...

Tuesday, October 19, 2010

Hanya Sinar

Apa yang ada padamu
hanyalah biasan sinar mentari
dan pedoman menghitung hari
sedang itu semua bukan milikmu
sekadar kosong tak berisi
sekadar hati yang mati
sekadar ilham puisi
dan hakikatnya
indahmu bertopengkan cahaya
lantas dalam gelap-gelita
kau tiada harga

Monday, October 18, 2010

Manis Dalam Derita

Lihat
Lihat di mataku
Sinaran cintaku terpancar untukmu
Tiada terpadam tidakkah kau tahu

Renung
Renung di hatiku
Adakah terlihat selain dirimu
Tidakkah terasa teguh kesetiaanku
Cintaku hanya satu

Cinta kita
Manis dalam derita
Pengorbanan dan air mata
Adalah harga untuk bahagia

Bukan
Bukan persandingan
Menjadi ukuran nilai cinta
Tapi kejujuran dipagari setia

Walau
Walaupun tiada
Istana yang terbina untuk kita
Biar derita hidupku hingga ajal tiba
Engkau dalam bahagia

Thursday, September 16, 2010

Mereka Tentang Kita

Kita sambut mereka
dengan senyum bersyarat
kita halau mereka
tanpa dendam kesumat

Dan mereka berhambus pergi
dengan dendam membara api
mereka tinggalkan untuk kita
bara amarah yang penuh benci

Dan kita jua
yang jadi tukang cuci
yang menyapu petang dan pagi
yang mengelap saban hari
yang kais pagi makan pagi
yang daripada hidup lebih baik mati

Monday, September 06, 2010

Salam Aidilfitri 2010

BíáR SYáWáL MáHúPúN RáMáDáN
DóSáKú TáK MéNGéNáL BúLáN
MáKá SéPúLúH JáRí KúSúSúN
SéGáLá KHíLáF MóHóN DíáMPúN
SéTúLúS íKHLáS DáN LúHúR Dí HáTí
SéLáMáT HáRí RáYá ÄíDílFíTRí
MääF ZäHïR & BäTïN SëïKHLäSNYä

SáJá NáK PéRíNGáT
JáNGáN LúPá BáYáR ZáKáT
BêRHâTî-HâTî Dî JâLâN RâYâ
SéLáMáT MéRáíKáN AíDíL FíTRí DéNGáN GéMBíRá

Sunday, August 29, 2010

Bulan Dunia

Bagaimana mungkin
dianugerahi keajaiban seribu bulan
sedang aku tetap leka
memuja kehebatan harta dunia

Saturday, August 21, 2010

"C" dan "D"
jiran paling dekat
dan jurang paling jauh
antara "PERCAYA"
dan "PERDAYA"

Wednesday, August 11, 2010

Firaun Yang Perasan Lawa

Demikian agaknya
selain daripada yang aku rasa
selain daripada yang aku fikir
selain daripada yang aku percaya
tidak benar belaka
tipu dusta belaka
kerana yang benar
hanyalah aku...
dan kau mengurat aku! Eheks!

Tuesday, August 03, 2010

Ada Jam Tapi...

Ada orang
pandai tengok jam
tapi langsung tak reti
nak baca masa

Fitrah Sang Ketam

Biarlah...
sang ketam berjalan senget
sedang sudah demikian fitrah

Mengapakah...
sang ketam nak berjalan lurus
mengaku betul pada yang salah?

Thursday, July 08, 2010

Gampang Serakah 2

Bersetubuh... itu fitrah
ikut adab... ajak bernikah
untuk isteri... nafkah
untuk gundik... sedekah?
Boleh blah!
Sah sampah!
Gampang serakah!

Gampang Serakah

Bersetubuh
itu fitrah
adab manusia
cara bernikah
untuk isteri
itu nafkah

memang sah
untuk gundik
bukan sedekah

memang sampah
yang mana pun
semuanya serakah

Saturday, June 12, 2010

Entah Kenapa...

Ada ketikanya
entah kenapa
nostalgia begitu kejam
sungguh amat bisa menikam
hingga pedihnya mencengkam