Lebih baik duduk membuta
kerana tiada kerja
daripada berwuduk dan berdhuha
kata mereka
Terlalu dalamkah kealpaan
atau jauh sangatkah kesesatan
mungkin lebih takut kepada insan
dan tidak percaya kepada Tuhan?
Sungguh...
perintah Tuhan itu
ke atas kami dan ke atasmu
dan ke atas mereka yang menguasaimu...