Tuesday, December 31, 2013

Percaya

Percayakah kau
pada tuding jari mereka
konon di hujung sana
ada cahaya bahagia gembira?

Percayakah kau
pada bicara lidah mereka
konon mereka berkuasa
mengurniakan makmur sentosa?

Percayakah kau
bahawa mereka juga mati
dan seperti juga kau
bakal diadili Ilahi?

Lantas kepada siapakah
kau berserah diri
dan bertuhan kepada apakah
kepercayaanmu berdiri?

Tuesday, December 17, 2013

Nak Jadi Baik

Nak jadi baik
pasang niat demi Dia
sungguh betapa indahnya
bila terjamin satu pahala

Nak jadi baik
usaha ramuan yang mesti
sungguh tidak akan rugi
andai ketika itu aku mati

Nak jadi baik
yang mungkar jauh dibuang
tiada ertinya jalan yang terang
kalau berjalan dalam telanjang