Seperti aku
kau punya hati dan rasa
lantas mengapa
hatiku kau toreh luka?
Seperti aku
cintamu amat bermakna
lantas mengapa
cintaku kau campak tanpa harga?
Seperti aku
kau juga manusia
lantas mengapa
kau layan aku bak sampah yang hina?
Rupa-rupanya
berlian yang berkilau selama ini
hanyalah kaca yang berbaki
dari serpihan botol racun
yang berpalit dengki
Sungguh bagai dikata
bahawa cinta itu buta
lantas duhai Sang Siput Comey
tunjukkanlah kepadaku
keluhuran kemilau cinta abadi
yang tulen sejati