Sunday, July 17, 2011

Tanggungjawab Siapa?

Demi Tuhan...
Ini tanggungjawab AKU
bukan tanggungjawab KAMU
dan kau tentu lebih tahu
bahawa selama bertahun ini
aku mahu kepuasan dirimu
bukan kepuasan diriku

Sungguh demi Tuhan
ini tanggungjawab AKU
bukan tanggungjawab KAMU...
dan pasti kutunaikannya demimu...

Saturday, July 16, 2011

Kembali...


Dan pintu mahligai ini
kau biarkan terbuka
tatkala aku melangkah keluar
dengan bebal dan sengsara

Sungguh selama ini aku alpa
sesat dalam mencari sinar
karam di gelora murka
lemas dalam tipu daya

Dan sinar cahaya cintamu
memimpin jalanku kembali
telah terselindung cahayamu dulu
diselubungi hitam bejat hatiku

Sungguh aku insaf kini
bahawa sejak sekian lama
hanya engkau yang bertakhta di hati

Salam cinta dan kasih
daripada hambamu yang tersisih
ini air mataku yang jernih
buat membasuh hina diriku
untuk Permaisuri yang menjadi ratu
selama-lamanya...

Terima kasih sayang...
Terima kasih atas nama seluruh hidupku...

Tuesday, July 12, 2011

Fool

Do not take me for a fool
for I win even when I lose
and you lose even when I lose
So do not ever take me for a fool
for I messed up your life
while you messed up mine
and to each other we turn
and in hell we both will burn
So do not ever
take me for a fool...

Friday, July 01, 2011

Kemahuanmu

Kau tahu
apa yang aku korbankan
segala-galanya yang aku ada
dan yang aku perit membina
menempuh bahagia dan derita

Namun kau pergi jua
menuju bahagia yang dijanjikan
dan rela kau tinggalkan
luka azab sengsara dan derita
sebagai kenangan daripadamu
buat hadiah yang kusimpan
hingga ajalku tiba