Sunday, August 29, 2010

Bulan Dunia

Bagaimana mungkin
dianugerahi keajaiban seribu bulan
sedang aku tetap leka
memuja kehebatan harta dunia

Saturday, August 21, 2010

"C" dan "D"
jiran paling dekat
dan jurang paling jauh
antara "PERCAYA"
dan "PERDAYA"

Wednesday, August 11, 2010

Firaun Yang Perasan Lawa

Demikian agaknya
selain daripada yang aku rasa
selain daripada yang aku fikir
selain daripada yang aku percaya
tidak benar belaka
tipu dusta belaka
kerana yang benar
hanyalah aku...
dan kau mengurat aku! Eheks!

Tuesday, August 03, 2010

Ada Jam Tapi...

Ada orang
pandai tengok jam
tapi langsung tak reti
nak baca masa

Fitrah Sang Ketam

Biarlah...
sang ketam berjalan senget
sedang sudah demikian fitrah

Mengapakah...
sang ketam nak berjalan lurus
mengaku betul pada yang salah?