Wednesday, April 21, 2010

Ikhlas

Aku tahu engkau ikhlas
dalam tawamu pada jenakaku
dalam tangismu pada dukaku
dalam senyummu pada bahagiaku
dalam resahmu pada payahku
dalam marahmu pada bejatku
dan dalam sinar matamu
pada seluruh jiwa dan ragaku

Ya... aku tahu engkau ikhlas
atau setidak-tidaknya
engkau tidak berdusta

Saturday, April 17, 2010

Aku Mahu, Tapi Jangan


Tertanya-tanya
sama ada hanya aku
yang berani curang demi cinta
yang berani membuang apa yang ada
yang berani melangkah tanpa memalis
yang sudah belajar dari apa yang tertulis

Tapi tak tergamak
membiar engkau menempuh onak
demi kehinaan diriku...

Thursday, April 08, 2010

Kisah Orang Tua Tak Sedar Diri


Orang tua yang tiada malu
kalau main badminton
dia pancit dulu
kalau main bedminton
dia pancut dulu
sudah tiga isteri
anak-anak dah selori
tapi...
masih nak bercinta lagi
barangkali
masih nak tambah bini

Friday, April 02, 2010

Belasungkawa Din Beramboi



Terima kasih
kerana memberi ceria dan gembira
kerana memberi senyum di wajah duka
kerana memulakan hari dengan bahagia