Tuesday, March 30, 2010

Aku Kian Kecundang

Lantas berterusan bak sungai jernih
cintamu membelai aur hati
hingga lemas tenggelam emosi
lalu ego terbenam mati

Dan aku teramat bimbang
kian rapuhnya jiwa dan nurani
kerana telah nampak kecundang
lantas membenih tunas cinta
yang pasti berakhir dengan sengsara

Sunday, March 28, 2010

Lisa Surihani? Tak Apa Laaa...

Tak mengapa
walau tiada Lisa Surihani
sebab hari ni
aku dating dengan Atie
tak perlu risau siapa lebih tinggi...
eheks...

Thursday, March 25, 2010

Itu

Aku tahu kau teramat ingin
yang sedemikian itu...
Dan kau tahu aku hairan amat
disebabkan itu...
Sedang aku masih bergagah diri
mengelak terjadinya itu...
Jangan kau runtuhkan kental semangatku
akibat kepingin itu...
Kelak benar-benar kita berdua hanyut
berbuat sedemikian itu...
Dan tiadalah lagi yang itu
buat bakal suamimu...

Tuesday, March 23, 2010

Bukan Tiada Selera


Tak kena mengena
dengan nafsu selera
untuk menjamah rasa
seluruh tubuh montokmu

Sekadar kewarasan akal
menewaskan perasaan dangkal
dan lapan purnama lagi
kau kan bergelar isteri
sedang bukan aku
yang kan menjadi suami

Ngerti?


Saturday, March 13, 2010

Antara Abjad (henpon edit)

Apakah bulan mengerti
Kala bintang berseri
Ufuk timur sembunyi?

Seandai kau mengerti
Antara sabda naluri
Yang tertulis ini
Ada kalimat bererti
Naluri ikhlas murni
Gegar gempita hati

Pada sabda
Ada rahsia
Di abjad melata
Ada makna
Maka terokailah
Untuk kau dan aku

(petikan puisi dari novel Untuk Kau Dan Aku untuk versi henpon edit)

Kebas Kematu


Panjang sungguh bicaranya
hingga kebas tak terhingga
kematu bak batu bata
kulit punggungku ini
mesti susah nak berak nanti...