Friday, January 29, 2010

Aqidah


Anak-anak kita
ahli syurga atau neraka?

Kita hantar mereka ke sekolah
diajar mereka ibadah
diajar mereka mu'amalah
tapi masih lemah 'aqidah

Anak-anak kita
ahli syurga atau neraka?

Mereka tanya siapa Allah
Dialah Tuhan yang disembah
Dialah Yang Maha Pemurah
tapi siapakah Rasulullah?

Thursday, January 28, 2010

Kenangan


Dalam setiap langkah
sarat dengan kenangan
dalam setiap pandang
nampak keindahan
dalam setiap tutur
terdengar pujuk rayu
dalam setiap kata
terungkap nada cinta

Lalu ini semua
terkandungkah sebarang makna
atau sekadar si buta
meraba-raba dalam gelita?

Wednesday, January 20, 2010

Tak Mungkin


Tak mungkin
ada ruang dalam hati
untuk kuhampar kesumat benci

Tak mungkin
ada api yang menyala
untuk kubakar marah membara

Dan tak mungkin
malaikat dan syaitan bersekutu
kerana kesumat kan jadi dendam
hingga meletus api yang terpendam
tidakkah kau faham?

Sungguh!
Yang api itu aku
yang cahaya itu dia
yang neraka itu aku
yang syurga itu dia
mana mungkin bersama?

Friday, January 15, 2010

Perlu Hidup Untuk Mati


Digit pertama usia...
...baru saja bertambah
Rupa bentuk badan...
...dah tak boleh diubah
Perangai baru dan lama...
...perlu segera berubah
Nilai pahala dan dosa...
...harapnya sempat digubah
Tempoh hidup di dunia...
...tak mungkin bertambah

Hidup
memang bermula hari ini
kerana aku perlu hidup
untuk menempuh mati

Sunday, January 10, 2010

1Muslim


Dalam 1Malaysia
kita berkongsi tanah
tapi tidak budaya
tidak juga bahasa
tidak juga agama
apatah lagi syahadah

Dalam 1Muslim
kita tidak berkongsi tanah
tapi kita mentauhidkan Allah
berkongsi Rasulullah
berpaksi satu syahadah
dan mati kita demi kalimah
Laa ilaha illallaah Muhammadar-rasulullaah

Tuesday, January 05, 2010

Ke Mana Setelah Mati?


Dia mati ke
kita mati ke
siapa-siapa juga mati
"Innalillahi wa inna ilaihi roji'uun..."
lantas kau fikir mereka ke mana
setelah mereka mati?
"Innalillahi wa inna ilaihi roji'uun..."