Thursday, December 24, 2009

Apa Yang Baru?


Tahun ini sudah hujungnya
tahun baru bakal menjelma
Lantas...

Kita saling bertanya
apa azam new year

Dan bloggers berlumba-lumba
menulis tentang taubat dan agama

Dan ustaz menjerit serak basah
suruh kita kembali berubah

Dan kota-kota besar meriah
ditabur arak, zina dan dadah

Lalu...
Selain kalendar di dinding dan meja
apa lagi yang baru sebenarnya?

Wednesday, December 02, 2009

Kau Mahu Apa Ya?

Sebenarnya
kau mahu apa ya?

Mengusir derita
dan menebar bahagia?

Atau melempar sengsara
pada hati yang derita?

Emosi ini sudah karam
hati ini sudah tenggelam
namun masih jua dahaga
lemas tak bernafas
sesak dalam rimas

Tuesday, December 01, 2009

Istana Cinta Berbunga


Dari mata
turun ke hati
dan di dalam hati
tersemainya cinta

Istana cinta
terbina di jari
dan cincin di jari
mendakap bahagia

Demi bahagia
mekar mewangi
dan bersama wangi
empat cahaya mata

Belum cukup
tiga belas tahun di sini
moga diberkati
seribu tahun lagi