Sunday, March 11, 2012

Separuh Terbuka

Separuh pintu maksiat
tertutup bila menikah

Tapi aku nampak
separuh daripadanya
masih luas ternganga!

Thursday, March 08, 2012

Sang Siput Comey

Sinar ini telah kembali
Intan berkilau memancar seri
Tugu diri yang dulu rebah
Inayat tiba memimpin gagah

Nun jauh di dalam hati
Obor cinta menyala kembali
Ruwatlah diri menggenggam api

Hati sudah melapangkan pintu
Ada sinar menanti tetamu
Yang jauh bersemi di dasar hati
Adalah cinta yang tulus suci
Tapi sekadar dipandang mata
Ingin disentuh berjarak jua

Friday, March 02, 2012

Masih

Walau apa pun alasanmu
dan sehina mana pun
kau perlakukan aku
dan biarpun aku
dipermainkan semahumu

Masih
sememangnya masih...

Thursday, March 01, 2012

Jelita

Sesungguhnya dia
sungguh amat jelita
dan dia tidak tahu
betapa Jelitanya dia
Sang Siput Comeyku
yang menakluk cintaku

Monday, February 20, 2012

Seperti Aku

Seperti aku
kau punya hati dan rasa
lantas mengapa
hatiku kau toreh luka?

Seperti aku
cintamu amat bermakna
lantas mengapa
cintaku kau campak tanpa harga?

Seperti aku
kau juga manusia
lantas mengapa
kau layan aku bak sampah yang hina?

Sunday, February 19, 2012

Buta Sebab Kemilaunya

Rupa-rupanya
berlian yang berkilau selama ini
hanyalah kaca yang berbaki
dari serpihan botol racun
yang berpalit dengki

Sungguh bagai dikata
bahawa cinta itu buta
lantas duhai Sang Siput Comey
tunjukkanlah kepadaku
keluhuran kemilau cinta abadi
yang tulen sejati

Monday, September 19, 2011

Pokok

Adakah benar sebegini
Yang cinta amat menyakitkan
Dan cinta yang menyambung kita
Cinta juga yang memisahkan?

Lantas inilah jalan hidup
Sepohon kayu yang patah dahannya
Namun terus gigih tumbuh
Mencari cahaya...

Sunday, July 17, 2011

Tanggungjawab Siapa?

Demi Tuhan...
Ini tanggungjawab AKU
bukan tanggungjawab KAMU
dan kau tentu lebih tahu
bahawa selama bertahun ini
aku mahu kepuasan dirimu
bukan kepuasan diriku

Sungguh demi Tuhan
ini tanggungjawab AKU
bukan tanggungjawab KAMU...
dan pasti kutunaikannya demimu...

Saturday, July 16, 2011

Kembali...


Dan pintu mahligai ini
kau biarkan terbuka
tatkala aku melangkah keluar
dengan bebal dan sengsara

Sungguh selama ini aku alpa
sesat dalam mencari sinar
karam di gelora murka
lemas dalam tipu daya

Dan sinar cahaya cintamu
memimpin jalanku kembali
telah terselindung cahayamu dulu
diselubungi hitam bejat hatiku

Sungguh aku insaf kini
bahawa sejak sekian lama
hanya engkau yang bertakhta di hati

Salam cinta dan kasih
daripada hambamu yang tersisih
ini air mataku yang jernih
buat membasuh hina diriku
untuk Permaisuri yang menjadi ratu
selama-lamanya...

Terima kasih sayang...
Terima kasih atas nama seluruh hidupku...

Tuesday, July 12, 2011

Fool

Do not take me for a fool
for I win even when I lose
and you lose even when I lose
So do not ever take me for a fool
for I messed up your life
while you messed up mine
and to each other we turn
and in hell we both will burn
So do not ever
take me for a fool...

Friday, July 01, 2011

Kemahuanmu

Kau tahu
apa yang aku korbankan
segala-galanya yang aku ada
dan yang aku perit membina
menempuh bahagia dan derita

Namun kau pergi jua
menuju bahagia yang dijanjikan
dan rela kau tinggalkan
luka azab sengsara dan derita
sebagai kenangan daripadamu
buat hadiah yang kusimpan
hingga ajalku tiba

Tuesday, June 28, 2011

Suratan Bukan Kemahuan

Bukan semua kemahuan
akan tersurat
dan tidak semua suratan
menjadi kemahuan

Monday, June 27, 2011

Kecewa

Sungguh
aku teramat kecewa
maka maafkanlah aku
kerana aku gagal
menjadi yang teratas
daripada segala-galanya
buat dirimu...

Sunday, May 22, 2011

Mahukah Aku Yang Teratas?

Terkadang
Walau bukan yang teratas
Namun aku masih puas
Atas cinta yang dibalas
Asal saja kau tulus dan ikhlas

Wednesday, May 11, 2011

Hanya Satu

Zabarjad ini
algoritma emosiku
kemilaunya menzabad kasturi
Ini hatiku
naskhah kasih cinta
ambil dan simpan di jiwa
hanya satu itu yang aku ada...

Sunday, May 08, 2011

Aku Mahu Kamu

Aku Mahu Kamu
Selamanya… Untuk Aku…
Apakan Daya…
Kelebihan Dia
Jauh Lebih Baik Daripada Aku
Dan Kekurangan Aku
Jauh Lebih Buruk Daripada Dia…

Saturday, April 23, 2011

Back with a Vengeance

Aku kembali
dengan dendam berapi
untuk menggali buat kalian
satu persatu kubur-kubur keji
sebagai pintu kalian ke neraka abadi
Pasti...!

Thursday, April 21, 2011

Lembaran Sejarah Berdarah

Sebenarnya aku teramat takut
kembali berdiri di tempat jatuh
menyelak lembaran sejarah
memandang kesan darah

Tapi sebenarnya
aku teramat ingin
berendam dalam darah
mengharung gelora resah
hingga bernanah parah

Namun kalau kau sudi
ayuh kita harungi

hidup mati bersama...

Friday, February 25, 2011

Tengah Hari Jumaat

Gambar yang aku kidnap ni kredit kepada http://www.tuahlensa.com/
Tengah hari Jumaat
di perut kota besar
kaum Hawa buat rombongan
ke gedung dan pasar

Tengah hari Jumaat
di pulau yang serba lengang
kaum Hawa buat rombongan
merentas jambatan ke seberang

Saturday, January 01, 2011

Hak Bernikah (Selamat Tahun Baru 2011 M)

Selamat Tahun Baru
2011 Masehi

Yang dulu bermukah
tapi kini dah bernikah
mahu setia bersama
bahagia atau derita

Dan tahun ini
bermulalah perjuangan
yang sesama jantina
mahu hak bernikah
mahu hak bermukah