Tuesday, August 03, 2010
Thursday, July 08, 2010
Saturday, June 12, 2010
Thursday, May 13, 2010
Saturday, May 01, 2010
Wednesday, April 21, 2010
Saturday, April 17, 2010
Thursday, April 08, 2010
Friday, April 02, 2010
Tuesday, March 30, 2010
Sunday, March 28, 2010
Lisa Surihani? Tak Apa Laaa...

walau tiada Lisa Surihani
sebab hari ni
aku dating dengan Atie
tak perlu risau siapa lebih tinggi...
eheks...
Thursday, March 25, 2010
Itu

Aku tahu kau teramat ingin
yang sedemikian itu...
Dan kau tahu aku hairan amat
disebabkan itu...
Sedang aku masih bergagah diri
mengelak terjadinya itu...
Jangan kau runtuhkan kental semangatku
akibat kepingin itu...
Kelak benar-benar kita berdua hanyut
berbuat sedemikian itu...
Dan tiadalah lagi yang itu
buat bakal suamimu...
yang sedemikian itu...
Dan kau tahu aku hairan amat
disebabkan itu...
Sedang aku masih bergagah diri
mengelak terjadinya itu...
Jangan kau runtuhkan kental semangatku
akibat kepingin itu...
Kelak benar-benar kita berdua hanyut
berbuat sedemikian itu...
Dan tiadalah lagi yang itu
buat bakal suamimu...
Tuesday, March 23, 2010
Bukan Tiada Selera

Tak kena mengena
dengan nafsu selera
untuk menjamah rasa
seluruh tubuh montokmu
Sekadar kewarasan akal
menewaskan perasaan dangkal
dan lapan purnama lagi
kau kan bergelar isteri
sedang bukan aku
yang kan menjadi suami
Ngerti?
Saturday, March 13, 2010
Antara Abjad (henpon edit)
Apakah bulan mengerti
Kala bintang berseri
Ufuk timur sembunyi?
Seandai kau mengerti
Antara sabda naluri
Yang tertulis ini
Ada kalimat bererti
Naluri ikhlas murni
Gegar gempita hati
Pada sabda
Ada rahsia
Di abjad melata
Ada makna
Maka terokailah
Untuk kau dan aku
(petikan puisi dari novel Untuk Kau Dan Aku untuk versi henpon edit)
Kala bintang berseri
Ufuk timur sembunyi?
Seandai kau mengerti
Antara sabda naluri
Yang tertulis ini
Ada kalimat bererti
Naluri ikhlas murniGegar gempita hati
Pada sabda
Ada rahsia
Di abjad melata
Ada makna
Maka terokailah
Untuk kau dan aku
(petikan puisi dari novel Untuk Kau Dan Aku untuk versi henpon edit)
Saturday, February 27, 2010
Aku Tak Perlukan Kau Lagi
Wednesday, February 17, 2010
Mengingatimu Menyakitkan

tiada kaitan
dengan benci
sekadar ingin melupakan
kerana sesungguhnya
mengingatimu
terlalu amat menyakitkan
dan untuk lupa
teramat payah
kerana menongkah fitrah
azab amat sudah
menanggung sakit ini
dengan benci
sekadar ingin melupakan
kerana sesungguhnya
mengingatimu
terlalu amat menyakitkan
dan untuk lupa
teramat payah
kerana menongkah fitrah
azab amat sudah
menanggung sakit ini
Tuesday, February 16, 2010
Saturday, February 06, 2010
Friday, February 05, 2010
Di Sini Kau dan Aku
Di sini aku pernah berdiri
dingin melayan sepi
rindu melayan sunyi
jauh menghitung hari
Nun di dalam rasa
kugenggam lembut jarimu
kudakap hangat tubuhmu
kukucup manis bibirmu
biar membenih cinta kita
kau dan aku...
dingin melayan sepi
rindu melayan sunyi
jauh menghitung hari
Nun di dalam rasa
kugenggam lembut jarimu
kudakap hangat tubuhmu
kukucup manis bibirmu
biar membenih cinta kita
kau dan aku...
Friday, January 29, 2010
Aqidah
Anak-anak kita
ahli syurga atau neraka?
Kita hantar mereka ke sekolah
diajar mereka ibadah
diajar mereka mu'amalah
tapi masih lemah 'aqidah
Anak-anak kita
ahli syurga atau neraka?
Mereka tanya siapa Allah
Dialah Tuhan yang disembah
Dialah Yang Maha Pemurah
tapi siapakah Rasulullah?
ahli syurga atau neraka?
Kita hantar mereka ke sekolah
diajar mereka ibadah
diajar mereka mu'amalah
tapi masih lemah 'aqidah
Anak-anak kita
ahli syurga atau neraka?
Mereka tanya siapa Allah
Dialah Tuhan yang disembah
Dialah Yang Maha Pemurah
tapi siapakah Rasulullah?
Thursday, January 28, 2010
Kenangan

sarat dengan kenangan
dalam setiap pandang
nampak keindahan
dalam setiap tutur
terdengar pujuk rayu
dalam setiap kata
terungkap nada cinta
Lalu ini semua
terkandungkah sebarang makna
atau sekadar si buta
meraba-raba dalam gelita?
Wednesday, January 20, 2010
Tak Mungkin
Tak mungkin
ada ruang dalam hati
untuk kuhampar kesumat benci
Tak mungkin
ada api yang menyala
untuk kubakar marah membara
Dan tak mungkin
malaikat dan syaitan bersekutu
kerana kesumat kan jadi dendam
hingga meletus api yang terpendam
tidakkah kau faham?
Sungguh!
Yang api itu aku
yang cahaya itu dia
yang neraka itu aku
yang syurga itu dia
mana mungkin bersama?
ada ruang dalam hati
untuk kuhampar kesumat benci
Tak mungkin
ada api yang menyala
untuk kubakar marah membara
Dan tak mungkin
malaikat dan syaitan bersekutu
kerana kesumat kan jadi dendam
hingga meletus api yang terpendam
tidakkah kau faham?
Sungguh!
Yang api itu aku
yang cahaya itu dia
yang neraka itu aku
yang syurga itu dia
mana mungkin bersama?
Friday, January 15, 2010
Perlu Hidup Untuk Mati

Digit pertama usia...
...baru saja bertambah
Rupa bentuk badan...
...dah tak boleh diubah
Perangai baru dan lama...
...perlu segera berubah
Nilai pahala dan dosa...
...harapnya sempat digubah
Tempoh hidup di dunia...
...tak mungkin bertambah
Hidup
memang bermula hari ini
kerana aku perlu hidup
untuk menempuh mati
Sunday, January 10, 2010
Tuesday, January 05, 2010
Thursday, December 24, 2009
Apa Yang Baru?
Tahun ini sudah hujungnya
tahun baru bakal menjelma
Lantas...
Kita saling bertanya
apa azam new year
Dan bloggers berlumba-lumba
menulis tentang taubat dan agama
Dan ustaz menjerit serak basah
suruh kita kembali berubah
Dan kota-kota besar meriah
ditabur arak, zina dan dadah
Lalu...
Selain kalendar di dinding dan meja
apa lagi yang baru sebenarnya?
tahun baru bakal menjelma
Lantas...
Kita saling bertanya
apa azam new year
Dan bloggers berlumba-lumba
menulis tentang taubat dan agama
Dan ustaz menjerit serak basah
suruh kita kembali berubah
Dan kota-kota besar meriah
ditabur arak, zina dan dadah
Lalu...
Selain kalendar di dinding dan meja
apa lagi yang baru sebenarnya?
Wednesday, December 02, 2009
Kau Mahu Apa Ya?
Sebenarnyakau mahu apa ya?
Mengusir derita
dan menebar bahagia?
Atau melempar sengsara
pada hati yang derita?
Emosi ini sudah karam
hati ini sudah tenggelam
namun masih jua dahaga
lemas tak bernafas
sesak dalam rimas
Tuesday, December 01, 2009
Istana Cinta Berbunga

turun ke hati
dan di dalam hati
tersemainya cinta
Istana cinta
terbina di jari
dan cincin di jari
mendakap bahagia
Demi bahagia
mekar mewangi
dan bersama wangi
empat cahaya mata
Belum cukup
tiga belas tahun di sini
moga diberkati
seribu tahun lagi
Subscribe to:
Posts (Atom)






















