Saturday, December 30, 2023

Kami Di Sana


Kami di sana
ketika dia perit berhempas-pulas
merempuh tembok yang tegap keras
menyemai benih impian yang belum bertunas 

Kami di sana
ketika dia berperang dengan kematian
menyembunyikan kesedihan dan tangisan
hingga yang ternampak hanya kegagahan
agar tidak ternampak walau setitis kelemahan

Kami di sana
ketika dia digempur dari seluruh dunia
dan bahkan ditikam sahabat sesaudara
malah dikepung Si Bodoh yang terpedaya
dia bangkit menguburkan hampa dan kecewa

Sungguh kami di sana
ketika buah ranum manis dituai
yang dibaja tangis air matanya
yang disiram titik peluhnya 
yang dipagar semangat beraninya

Dan buah ranum manis itu
dijamah rakus sahabat dan seteru
kekenyangan sampai anak cucu
ada yang terus lupa
ada yang kekal dungu

Dan kini kami di sini
menyaksikan dia dihina dan dibuli
melihat jasanya dikambus di bumi
dek Si Munafik yang tiada harga diri

Kami terus di sini
memanjatkan doa kepada Ilahi
sejahterakanlah dia yang membesarkan kami
kurniakanlah dia mahligai di dunia wangi

Dan ke atas Si Munafik itu yaa Ilahi
beri dia jamah makanan hina
\beri dia minum air yang berbisa
biar dia kekal dalam panas berapi yang takkan mati... 

Friday, March 31, 2023

Hidup


Mula-mula 
menyemai padi
kemudian tunggu masa dituai

Setelah itu 
menumbuk beras
kemudian segera terus ditampi

Permulaan
menguji tekad
perlu menunggu
perlu bersabar

Hasilnya
menguji semangat
perlu bertenaga
perlu pantas

Saturday, March 27, 2021

Kentut Marah


Marah
umpama kentut
terkadang kita tahu seorang
terkadang boleh dikesan orang
terkadang diketahui semua orang

Marah
umpama kentut
hendak ditahan sakit di perut
dilepas perlahan jenuh mengemut
dilepas keras sakit di buntut

Monday, December 02, 2019

Tentang KAMU



Dulu
KAMI bayar untuk beri KAMU

Kini
KAMU bayar untuk beri KAMI

Nanti
kita cerita yang baik antara kita

Biar
mereka nampak KAMI elok belaka

Supaya
kepala KAMI masih melekat di badan

Walaupun
KAMU anak-beranak sengsara berantakan

Wednesday, November 06, 2019

Mereka Yang Dajjal


Terbentang di hadapan mereka
satu persatu episod cerita
namun yang mereka nampak
gerak lakon watak yang dibawa

Terdengar di telinga mereka
riwayat yang menghikayat cerita
namun yang mereka dengar
dialog pelakon yang berbicara

Sungguh mereka telah buta
dan mereka telah tuli
menampakkan elok yang tidak elok
menutup kebenaran dengan kebatilan
lantas hakikat apakah lagi
yang tidak mereka dustai?

Monday, October 14, 2019

Tunggu Masa


Masa yang semakin singkat
debu yang semakin pekat
air yang semakin likat
nafsu yang semakin bertingkat
insan yang semakin jahat
Muslim yang semakin sesat

Sungguh...
dunia semakin tenat
ajalnya semakin dekat
patutlah ia semakin manja
ingin diapit sentiasa
dengan bertimbunnya emas permata
dengan mencanaknya khayal dan leka
dengan bersepahnya dada dan paha
dengan syaitan yang kencing merata
dengan ilmu yang semakin papa
dengan jahil yang berajalela
dengan zalim yang dipuja-puja
dengan Rasul yang dihina-hina

Tuesday, September 03, 2019

Ini Negara Kita Bersama


Ini negara kita bersama
ada Muslim di dalamnya
ada Zimmi di dalamnya
ada Harbi di dalamnya

Dan kami patuh kepada Nabi
yang kalau kamu Zimmi
kami lindungi
yang kalau kamu Harbi
kami bunuh mati

Ini negara kita bersama
biar apa pun yang kau percaya
jangan persoal apa yang kami percaya
bagi kamu agamamu
dan bagiku agamaku

Monday, August 19, 2019

Wajib Mati


Lebih baik duduk membuta
kerana tiada kerja
daripada berwuduk dan berdhuha
kata mereka

Terlalu dalamkah kealpaan 
atau jauh sangatkah kesesatan
mungkin lebih takut kepada insan
dan tidak percaya kepada Tuhan?

Sungguh...
perintah Tuhan itu
ke atas kami dan ke atasmu
dan ke atas mereka yang menguasaimu...

Tuesday, July 09, 2019

Jangan Desak Benda Bodoh


Diam
sebab malas nak layan
bergaduh bodoh
yang sia-sia

Maka jangan
desak aku buka mulut
khuatir keluar kata-kata
yang menerbitkan janda

Wednesday, February 20, 2019

Anjing


Dan berebutlah sang anjing
Menjilat tulang yang kering
Yang tidak memberi kenyang
Bahkan tidak memberi senang


Friday, January 04, 2019

Biar


Biar nak terberak
Jangan kencing mangkuk
Biar mabuk arak
Jangan pening rokok.

Monday, December 24, 2018

Renang


Dan mereka meniti jambatan rapuh
Buat menyeberangi
Lautan yang tidak bertepi
Sedang tiada antara mereka
Yang pandai bermain air...

Thursday, July 21, 2016

Mentimun


Dan kami menyergahmu
lantas kami kau belenggu

Dan kini mereka menyergahmu
entah apa jadi nasibmu
namun kami
tetap terus dibelenggu

Sungguh antara kau dan lembu
kau jauh lebih bodoh
dan jauh lebih hodoh
lebih2 lagi si dia
yg dengannya kau bertemu jodoh...

Sunday, July 03, 2016

Maaf

Demi Tuhan
marahku
tak mengatasi cintaku
dan cinta untukmu
sebati dalam darah pekatku

Sungguh
resah ini tanpamu
dan bahagia ini keranamu
jangan benci aku
seakan menjadi seteru...

Tuesday, June 14, 2016

Motorsikal


Hormatilah penunggang motor
yang menyepak cermin kereta
pemandu angkuh di lorong cemas
yang otaknya di dlm tandas

Mulakan hai pemandu kereta
menyepak motor yang parking selamba
dalam petak parkir kereta
satu petak dia sorang punya

Ya...
memang aku sengaja
nak curah minyak 
dalam api yg marak
yang dinyalakan secara bebal
dek mereka yang takdak akal...

Marahlah... marah... marah...!

Saturday, May 21, 2016

Sabar


Marah itu mudah
tapi di hujung jalannya
kesal sampai ke mati

Sabar itu indah
dan di hujung jalannya
manis di dalam hati

Biarlah orang beraja
kita sekadar berhamba
hari ini hari mereka
hari kita adalah selamanya

Monday, May 16, 2016

Jelas


Sebenarnya
sudah boleh terlihat
kau sudah putus asa

Sejelasnya
sudah kerap kau tunjuk
harapanmu sudah tiada

Sejujurnya
aku makin simpati
hingga aku makin percaya

Sesungguhnya
kau mahu kejar bahagia
dan memang kau tahu benar
yang takkan kau temuinya
andai denganku kau tetap bersama

Justeru pergilah
kerana amat ramai di sana
yang sedang mengejarmu
yang akan mengerumunimu
tanpa kau perlu usaha apa-apa...

Thursday, November 19, 2015

K


The years have proven
women are evil
trust them not
pity them not
let them rot

Dear God
if they lie for the sake of money
hurting sincere loving hearts
throw them without mercy
in the fire of hell for eternity...

Monday, November 09, 2015

Terbang


Setiap yang terbang
walau setinggi mana
pasti akan mendarat jua
lantas berhenti

Lalu yang terbang kian tinggi
menggempur awan hingga ke angkasa
di manakah bagimu kanan dan kiri
bukankah terapung itu berhenti?

Friday, November 06, 2015

Sempadan


Sebenarnya
tiada sempadan dalam diri
selain yang dipagarkan sendiri

Sempadan ini
buat menghalang masuk gejala
bukan membelengu langkah yang mara

Jangan berhenti
daripada terus cuba menjajah aku
daripada terus cuba menjarah aku

Tuesday, November 03, 2015

Angkuh


Sungguh
pada sifat angkuh itu
tiada makhluk yang suka
semua mencela belaka

Sungguh
keangkuhan menjemput laknat
dan sumpahan dari langit dan bumi
jatuh mencurah umpama duri

Sungguh
angkuhnya manusia
lantas langsung lupa
Tuhan itu ada...

Astaghfirullah...

Thursday, September 17, 2015

Bila Buka Mulut


Sesetengah orang
bila buka mulut
yang susah jadi senang
yang tewas jadi menang
dan semua meraih permata

Sesetengah orang
bila buka mulut
yang sabar mula merungut
yang tenang mula bersungut
dan semua bermandi air mata

Friday, September 11, 2015

Waktu


Waktu makin cepat
usia makin singkat
dan gelumang maksiat
makin ketat mengikat
dan seruan taubat
larut dalam dosa yang pekat..

Thursday, July 30, 2015

Besar Kurang Ajar


Ujian ini tentang sabar
melayan kerenah orang besar
yang tiba-tiba anggap diri loyar
sedang setiap mereka sekadar
tiga hari je belajar
betul punya kurang ajar...

Tuesday, May 26, 2015

Belum Lagikah?

Belum lagikah
menelan kelatnya arak
mendakap hanyirnya zina
sedang bara neraka
makin panas menyala
hingga pijar kulit yang hitam
hingga hangus hati yang kelam?


Monday, March 30, 2015

Engkau

Sering dia berkata
dirinya tidak jelita
sedang aku tak tahu
bagaimana untuk kugambarkan
betapa cahaya siang
tenggelam di sinar matanya
dan betapa gelita malam
damai di seri wajahnya
dan betapa desiran ombak
tidak segemersik bisikannya
dan betapa hembusan bayu
tidak selembut belaiannya
dan betapa setiap dirinya
melayarkan bahtera khayal
lantas berlabuh di cinta yang kekal